Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 4, 2009

Berkongsi Streamyx

Anda mempunyai akaun broadband contohnya STREAMYX dan anda juga mempunyai lebih dari satu komputer, contohnya dua komputer dan anda ingin kedua-dua komputer ini mempunyai sambungan ke Internet. Haruskah anda mempunyai dua akaun internet demi membolehkan kedua-dua komputer ini mempunyai sambungan ke Internet. Jawapannya adalah TIDAK.. Ini kerana di sini saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk menyambung dua buah komputer ke Internet dengan menggunakan satu akaun Internet.

Ini adalah caranya :


Bagi membolehkan komputer anda berkongsi sambungan streamyx, anda memerlukan perkakasan seperti berikut :

* Set komputer yang dilengkapi dengan kad rangkaian (network card). Komputer pertama (PC1) akan bertindak sebagai SERVER dan komputer kedua (PC2) dan komputer seterusnya (jika ada) akan bertindak sebagai CLIENT.

* Modem ADSL (disertakan bersama jika anda melanggan pakej COMBO TMNET STREAMYX)
* Switch. Peranti yang digunakan untuk menghubungkan lebih daripada 3 peranti network. Keupayaan untuk menghubungkan komputer bergantung kepada bilangan port yang terdapat pada switch. Biasanya bilangan port adalah 5, 8, 16, 24.

* Kabel RJ45 (kabel network), jumlah kabel yang dikehendaki adalah mengikut bilangan komputer yang hendak dijadikan sambungan rangkaian, minimum 3 kabel. Boleh didapati dalam pelbagai saiz (panjang).

* Kabel RJ11 (kabel telefon)

Setelah semua perkakasan telah disediakan, sambung setiap peranti mengikut gambarajah di bawah:



Setelah anda berjaya menyambungkan kesemua perkakasan, sekarang tibalah bahagian untuk setting komputer bagi membolehkan kesemua perkakasan berkomunikasi dan seterusnya berkongsi sambungan internet.

Set up TCP/IP

Protokol adalah standard yang mengawal atau membolehkan komunikasi atau perpindahan data antara dua perkakasan komputer. TCP/IP adalah singkatan kepada TRANSMISSSION CONTROL PROTOCOL / INTERNET PROTOCOL. Dengan kata lain, TCP/IP diperlukan bagi membolehkan setiap peranti network berkomunikasi antara satu sama lain dan mempunyai sambungan ke internet. Anda perlu memastikan bahawa setiap komputer mempunyai nilai TCP/IP yang unik. Nilai TCP/IP bagi setiap komputer tidak boleh sama. Jika anda ingin menyambung internet untuk 2 buah komputer, anda harus menetapkan sebuah komputer sebagai SERVER (hanya sebuah komputer berhak bertindak sebagai SERVER dalam sesebuah network komputer) dan sebuah komputer lagi sebagai CLIENT, jika lebih dari dua komputer, semua komputer yang lain turut bertindak sebagai CLIENT. SERVER akan bertindak sebagai gateway ke internet untuk komputer CLIENT.

Untuk mengubah nilai TCP/IP bagi setiap komputer, anda harus mengikuti langkah berikut :

Control panel > Network and Internet connection > network connection

klik kanan pada > LAN or High speed internet > pilih properties

Pada windows Local area connections properties, pilih Internet protocol (TCP/IP)

klik properties.

Pada windows Internet protocol (TCP/IP) properties :

klik pada radio button use the folowing IP adress

Setting untuk komputer SERVER :

* IP Adress 192.168.0.1
* Subnet mass 255.255.255.0
* Default gateway 192.168.1.1 (nilai IP ini adalah IP modem ADSL, mungkin berubah mengikut modem ADSL yang anda gunakan)

Setting untuk komputer CLIENT :

* IP Adress 192.168.0.2 (Jika ada komputer lagi, ganti no 2 kepada 3,4,5 dan seterusnya.)
* Subnet mass 255.255.255.0
* Default gateway 192.168.0.1 (Nilai IP bagi komputer SERVER)

Pada bahagian bawah, pada ruang use the following DNS server adressess :

* Preferred DNS server 202.188.0.133
* Alernate DNS server 202.188.1.5

IP bagi DNS (preferred atau Alternate) adalah berubah mengikut penyedia perkhidmatan internet anda. Nilai IP di atas adalah nilai IP bagi DNS server streamyx. Kedua-dua nilai ini adalah sama bagi semua komputer (SERVER / CLIENT).

Setelah kesemua nilai telah dimasukkan, klik OK. Komputer anda perlu di restart.

Set up sambungan network

Nilai TCP/IP telah anda tetapkan. Sekarang untuk memulakan sambungan network antara komputer di dalam rangkaian. Pastikan semua komputer telah dihidupkan sebelum memulakan sambungan. Cara adalah sama tidak mengira SERVER / CLIENT.

Control panel > network and internet connections > set up or change your home or small office network

pada windows network setup wizard :

klik next > klik next > bagi SERVER pilih no, bagi CLIENT pilih yes >
masukkan computer description dan computer name, klik next >
masukkan workgroup name klik next >
pilih untuk kongsi atau tidak fail dan printer klik next >
Klik next > komputer mula menyambung ke network, klik next >
pilih just finish the wizard, klik next > klik finish. Komputer perlu restart.

Set up Internet

Setelah itu, kita akan connect ke internet pada komputer SERVER:

control panel > network and internet connections > set up or change your internet connections.

pada new connection wizard :

klik next > pilih connect to the internet, klik next
pilih set up my connection manually, klik next
pilih connect using a broadband connection that requires a user name and password, klik next
masukkan ISP name, contohnya streamyx, klik next
masukkan user name, password dan confirm password, klik next
Tick (klik) pada add a shortcut to this connection to my desktop, klik finish. Komputer perlu restart.

Untuk menyambungkan SERVER ke internet, double klik pada icon streamyx pada desktop.
klik connect, SERVER akan disambungkan ke internet.
Bagi membolehkan CLIENT turut mendapat sambungan ke internet, lakukan langkah-langkah berikut hanya pada SERVER :
start > connect to > show all connections
klik kanan pada ikon streamyx pilih properties
pilih advanced, tandakan dengan klik pada kotak allow other network users to connect through this computer's internet connections.
Buangkan tanda (uncheck) dengan klik pada kotak allow other network users to control or disable the shared internet connections.
klik ok. Client secara automatik mendapat sambungan ke internet jika SERVER sambung ke internet.


0 comments: