Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, February 28, 2010

Salahsilah Nabi-Nabi & Rasul-Rasul.


Sila "Click pada gambar" untuk besarkan.



Baca Seterusnya......

Saturday, February 27, 2010

Ekonomi Malaysia:Retak Menanti Belah

Oleh Anwar Ibrahim


Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa "senario ekonomi terburuk" negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas. Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan. Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba. Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir kerana melibatkan kepentingan kroni) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.

Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.

Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.

Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997. Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.

Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak. Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain.

Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar dua kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.


Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Baca Seterusnya......

Friday, February 26, 2010

Contohi Perjalanan Hidup & Perjuangan Rasulullah SAW.


Sewajarnya acuan hidup Rasulullah sebagai gambaran penampilan diri yang amat istimewa sentiasa dicontohi umat Islam. Secara fizikal, tingkah laku, sikap, tutur kata, pemikiran, emosi hingga keikhlasan hati dan keluhuran jiwa baginda terserlah sekali gus mencerminkan bentuk keperibadian yang nyata. Ia menyentuh dan membekas begitu mendalam pada sanak saudara, sahabat, tetangga dan kawan.

Tidak hairan selepas Rasulullah wafat, sahabat bertanya kepada Aisyah bagaimanakah gambaran baginda selama hidupnya? Aisyah tidak mampu menahan linangan air mata sambil berkata: "Segalanya begitu menakjubkan bagiku," dan pada waktu lain Aisyah menjawab: "Sesungguhnya akhlak baginda adalah al-Quran."

Secara fizikal, Rasulullah digambarkan sebagai lelaki yang kuat, gagah, berani, dada bidang dan itu ditandakan dengan kuatnya baginda melakukan banyak ibadat, mengerjakan pekerjaan biasa sebagai lelaki dan bahkan turut berperang. Tidak ada pilihan terbaik dalam mencontohi penampilan diri kecuali apa-apa yang Rasulullah ajarkan. Al-Quran menginformasikan Rasulullah adalah teladan utama bagi umat manusia. "Sungguh ada pada diri Rasulullah itu suri teladan baik bagi kamu sekalian iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Surah Al-Ahzab: 21).

Keteladanan Rasulullah tidak hanya terbatas sejak baginda diangkat menjadi nabi dan rasul bahkan sejak baginda dilahirkan hingga wafat. Seluruh perjalanan hidup dan perjuangan baginda menjadi uswah hasanah dan teladan yang baik bagi umat manusia.

Dalam istilah agama, perjalanan hidup dan perjuangan baginda dinamakan as-sunnah. Secara bahasa, perkataan as-sunnah bererti kebiasaan atau tradisi. Namun dalam istilah agama, as-sunnah adalah apa yang menjadi kebiasaan Nabi Muhammad, perkataan, perbuatan mahupun persetujuan baginda mengenai suatu perbuatan yang dilakukan sahabat, sejak diangkat menjadi nabi dan rasul mahupun sebelumnya.Ringkasnya as-sunnah adalah sirah atau perjalanan hidup baginda sejak lahir hingga wafat keseluruhannya adalah uswah, teladan agung bagi umat manusia.

Contoh uswah keteladanan, keunggulan, ketrampilan Rasulullah dalam kehidupan baginda dari remaja sehingga menjadi nabi dan rasul, juga pemimpin negara dan pemerintahan dapat dilihat meskipun baginda lahir sebagai anak yatim kerana kehilangan ibunda tercinta sejak berusia empat tahun. Baginda membesar sebagai remaja yang cerdas (fatanah), jujur dan boleh dipercayai (amanah), serta benar (siddiq) dalam ucapan dan perbuatan.

Ketika diangkat menjadi nabi dan rasul, terpadu secara simfoni dengan sifat tabligh (menyampaikan) dengan empat sifat itu adalah sifat wajib mesti ada secara rasional pada diri seorang nabi dan rasul sebagai utusan Allah.

Muhammad Husain Haikal, penulis sirah (biografi) terkenal dari Mesir menyatakan, rahsia kejayaan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib tidak hanya ditentukan oleh empat sifat yang menjadi kredibiliti seorang nabi dan rasul tetapi juga kerana baginda sejak remaja memiliki kebiasaan ta'ammulat, mengamati, memikirkan, merenungkan keadaan sekitar, alam maya, geografi, sosial, politik dan kebudayaan termasuk adat istiadat masyarakat Arab waktu itu.

Hasil proses ta'ammulat yang dilakukan secara tekun dan teliti itu menjulang baginda menjadi remaja yang mempunyai teladan dan peribadi cemerlang. Baginda juga dapat menyelesaikan masalah berbangkit antara kabilah di Makkah ketika meletakkan Hajaral Aswad di tempat asalnya di Kaabah. Kehadiran baginda menjadi rumusan bagi pelbagai masalah dengan kreatif, inovatif dan cerdas pemikiran mahupun tindakan.
Dalam rumusan yang diusulkan baginda ada nilai kearifan, kecerdikan dan kepintaran yang boleh menjadi inspirasi bagi pejuang perdamaian, keadilan dan kemanusiaan. Bahkan dalam kata hikmah disebutkan 'yadullah maal jamaah' (tangan Allah berada dalam jemaah kebersamaan).

Jelas, banyak lagi contoh teladan boleh diambil untuk mencontohi dan mengikuti jejak langkah yang ditampilkan Rasulullah dalam kehidupan harian bagi kaum Muslimin bersempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.
Firman Allah bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiyya': 107).

Sumber : BH

Baca Seterusnya......

Sejarah & Tujuan Maulid Rasul.

Maulid berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam".

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Surah Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan".

Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Baca Seterusnya......

Thursday, February 25, 2010

Perbezaan 8 sen

Oleh Lim Guan Eng

Bagi kebanyakan rakyat biasa, sistem tender terbuka seolah-olah tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian mereka. Tetapi ia telah menimbulkan kemarahan UMNO dan penyokong-penyokong parti itu.

Mereka marah apabila saya membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan selepas saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008. Mereka menuduh saya cuba menidakkan hak-hak orang Melayu, mendakwa ia satu dasar pro-Cina untuk meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, menyedari pentingnya satu dasar yang adil dan telus, sistem tender terbuka terus dilaksanakan. Sepanjang tempoh pelaksanaannya hampir dua tahun ini, bilangan syarikat yang berjaya mendapatkan tender dengan harga tawaran terendah agak banyak juga dan persaingannya begitu sengit sekali, malah melangkaui batas imaginasi saya.

Tujuan pelaksanaan sistem tender terbuka ialah untuk mengamalkan meritokrasi supaya kerajaan dapat menguruskan kewangan secara berhemah dan menghentikan budaya kronisme. Persaingan secara terbuka membolehkan kerajaan membuat lebih banyak pilihan yang mana pada akhirnya rakyat juga yang mendapat keuntungan. Amalan ini sememangnya tidak menyenangkan kroni-kroni pihak tertentu.

Persaingan hebat tender terbuka Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta Tetap Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini sememangnya menakjubkan saya dan ahli-ahli Lembaga PDC. Terbukti persaingan sihat dalam pasaran akan dapat membantu meningkatkan daya saing sektor swasta.

PDC mengadakan Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta Tetap PDC setiap tahun. Sebelum ini, Program Perlindungan Insurans Komprehensif PDC tersebut adalah dikendalikan oleh satu Konsortium di bawah Syarikat Takaful Berhad dengan jumlah premium RM821,550.88.

Memandangkan tempoh perlindungan insurans komprehensif yang sedia ada akan tamat pada 31 Januari 2010, tawaran telah dibuka kepada syarikat-syarikat insurans dan broker insurans yang mempunyai Lesen Bank Negara dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan tawaran.

Sebanyak 5 syarikat insurans dan broker insurans telah membeli dokumen tender melalui sistem e-perolehan. Pada tarikh tutup tawaran iaitu pada 11 Disember 2009, tiga syarikat telah mengemukakan tawaran dengan jumlah premium masing-masing, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad sebanyak RM777,351.40, Sterling Insurance Brokers Sdn Bhd RM777,351.48 dan Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn Bhd RM816,738.96.

Tawaran yang tertinggi pun 20% lebih rendah daripada peruntukan RM1,020,000.00 yang telah disediakan oleh PDC untuk tujuan tersebut.

Apa yang lebih menakjubkan ialah perbezaan tawaran terendah dan tawaran kedua terendah hanya sebanyak 8 sen sahaja.

Selepas pertimbangan, ahli-ahli Lembaga Tawaran memutuskan Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta PDC ditawarkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang mengemukakan tawaran terendah. Dengan kata lain, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah mengalahkan pesaingnya dengan perbezaan tawaran 8 sen sahaja.


Ini amat memberangsangkan kerana ia telah mencatat sejarah sistem tender terbuka. Lebih-lebih lagi syarikat yang mendapat tawaran itu merupakan sebuah syarikat yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh orang Melayu.

Siapa kata orang Melayu akan hilang daya saing kerana sistem tender tebuka?

Asyik manjakan orang Melayu, memberi “tongkat” dan meletakkan mereka di bawah payung naungan tidak akan dapat membantu dalam meningkatkan daya saing orang Melayu. Sebaliknya, membuka pasaran, menggalakkan persaingan yang adil akan membolehkan lebih banyak syarikat Melayu berpeluang untuk menonjolkan kebolehan mereka dan membuktikan kejayaan mereka dengan mengalahkan pesaing-pesaing yang lain.

Persaingan inilah akhirnya akan menghasilkan orang Melayu yang lebih kental, lebih berdikari dan lebih berkeyakinan diri. Inilah legasi yang terunggul untuk orang Melayu.

Negara China pernah digelar “Orang Sakit Asia” (The Sick Man of Asia) kerana kelemahan ekonomi sistem komunis. Tetapi kini ia telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia. Dasar pasaran terbukalah yang menyumbang kepada kejayaan negera China.

Faktor penting untuk meningkatkan daya saing rakyat sesebuah negara sebenarnya terletak pada satu sistem yang tidak mengira warna kulit, bukannya payung naungan kerajaan.

Sekiranya negara China boleh berjaya, saya yakin Pulau Pinang dan Malaysia juga akan berjaya. Saya optimistik setelah melihat keputusan tender terbuka PDC tersebut.

Nilai 8 sen sahaja sudah mampu menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu tender. Ini menjelaskan betapa kuatnya kuasa pasaran.

Namun tidak perlu mana-mana pihak risau kerana pihak kerajaan akan tetap memantau untuk memastikan pihak swasta tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka untuk rakyat.

Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baca Seterusnya......

Perasaan Cemburu Harus Ditangani Dengan Iman.


SELAGI ada bulan dan bintang/matahari, dan selagi makhluk ciptaan Tuhan yang paling istimewa ciptaan-Nya yang bernama manusia wujud di dunia, selagi itulah perasaan cemburu tidak akan pupus.

Malah, sejarah juga telah membuktikan permulaannya. Pembunuhan manusia pertama di dunia berlaku kerana angkara cemburu.

Kecemburuan anak Nabi Adam AS, Qabil meluap-luap terhadap adik lelakinya, Habil. Habil dibunuh hanya kerana berkahwin dengan Aqlima.

Tanpa mengira latar belakang atau status sosial, lazimnya, cemburu wujud apabila lahir perasaan `pemilikan' seseorang terhadap yang lain.

Lazimnya, cemburu sinonim sebagai ukuran darjah cinta atau kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.

Sebetulnya, jika dilihat dari aspek yang luas, cemburu tidak hanya terikat pada hubungan antara suami isteri atau pasangan kekasih.

Malah, ia juga wujud di kalangan ahli keluarga, seperti adik-beradik atau anak-anak. Tidak kurang yang beranggapan, cemburu seolah-olah menjadi hak eksklusif kepada wanita. Hakikatnya tidak.

Baik lelaki, mahupun wanita, ia wujud dalam diri setiap daripada kita. Kegagalan mengendalikan tingkah laku ini, menyebabkan ia sering kali dikelaskan sebagai sesuatu yang negatif.

Ia juga sering kali dilabel sebagai sebahagian `watak hitam' yang menghiasi personaliti seseorang. Dalam budaya Melayu, tingkah laku cemburu ini secara tidak langsung, diterjemahkan dalam cerita seperti Bawang Putih Bawang Merah, Lela Manja, Panji Semerang dan sebagainya.

Sekalipun, ketiga-tiga cerita ini memaparkan kisah yang berbeza, namun mesej dan tema yang ingin disampaikan adalah sama. Cemburu.

Watak-watak `cemburu' dalam persengketaan perkahwinan poligami, di kalangan orang bangsawan dan terhadap anak tiri semuanya menggambarkan watak hitam yang menakutkan.

Kesan cemburu juga bukan sedikit. Selain mengundang konflik yang tidak berkesudahan, kegagalan mengawal tingkah laku ini boleh mengundang tragedi.

Cemburu boleh merangsang seseorang itu menjadi agresif sama ada secara lisan atau fizikal ke atas pasangannya atau orang ketiga. Serangan fizikal ini boleh membawa kepada kecederaan atau tragedi seperti kematian atau kemusnahan harta benda.

Cemburu juga menyebabkan individu terbabit sering terhimpit dengan konflik dalaman dan dengan orang lain. Jiwa orang yang cemburu ini sentiasa bergolak, tidak tenang dan sentiasa berperang dengan diri sendiri.

Cemburu adalah satu bentuk ancaman psikologi terhadap hubungan dalam perkahwinan atau percintaan yang terjalin, akibat kehadiran orang ketiga.

Selain itu, cemburu juga dilihat sebagai satu bentuk persaingan. Dalam persaingan, ada pihak yang kalah atau menang. Apabila seseorang merasakan `pasangan'nya bakal ditawan oleh pihak ketiga, dan keadaan ini sukar dikendalikan, individu terbabit akan berasa terancam.

Bagaimanapun, hubungan ketiga ini boleh jadi wujud atau hanya `bayangan' minda individu terbabit. Biasanya, rasa cemburu yang tidak berasas ini kesan daripada syak wasangka terhadap pasangannya.

Cetusan rasa cemburu yang berlaku antara suami isteri atau pasangan kekasih adalah kerana `nilai' hubungan tersebut. Atas sebab itulah, pasangan atau kekasih yang dianggap sebagai tempat bergantung, teman, sahabat, rakan yang membentuk ikatan ini dipastikan tidak akan terlepas atau jatuh ke tangan orang lain.

Cemburu juga bukan sekadar cetusan perasaan. Ia adalah gabungan interaksi cetusan minda, tindakan, sikap dan niat seseorang. Ia dikelaskan sebagai satu tingkah laku sosial yang tercetus dalam situasi-situasi perubahan dalam kehidupan seharian.
Cemburu, mampu mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang. Selain itu, ia juga merubah aspek fisiologi tubuh seperti peningkatan degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah.

Bagaimanapun, rasa cemburu yang wujud ini menyebabkan individu terbabit melalui satu tindak balas psikologi. Antaranya menyalahkan diri sendiri, membandingkan diri dengan pihak ketiga dan melihat imej diri tidak sehebat orang ketiga.

Pelbagai reaksi emosi yang muncul seperti rasa marah, derita, takut, sedih, geram dan sebagainya. Dari aspek fizikal, mereka akan berpeluh, menggigil menahan kemarahan, sesak nafas, susah tidur, hilang selera makan dan mengalami kemurungan.

Perbezaan tingkah laku cemburu antara jantina.

Secara umum, dari aspek keamatan atau kekerapan cemburu ini di antara lelaki dan wanita tidak banyak bezanya.

Lelaki
Biasanya, mereka akan menafikan atau mengelak apabila timbul rasa cemburu. Tetapi, lelaki yang kecewa atau terguris kerana perasaan cemburu ini lebih cenderung untuk meluahkan rasa marah.

* Lelaki akan bertindak ganas secara fizikal apabila cemburu. Tindakan ganas ini lebih cenderung dilakukan kepada orang ketiga

* Dalam berdepan dengan cemburu, lelaki bertindak untuk mengawal dan mengekalkan harga diri.

Wanita
* Pendekatan yang digunakan oleh wanita apabila timbul rasa cemburu ialah dengan meluahkannya

* Wanita yang kecewa atau terguris kerana cemburu biasanya akan menangis, bermasam muka dan kelihatan resah gelisah atau gusar. Mereka juga akan mendera secara lisan.

* Wanita lebih emosional dan bertindak balas terhadap orang ketiga. Ketika cemburu, wanita sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan hubungan.

Kajian mendapati, wanita mencetuskan cemburu dengan lima tujuan:
* Mendapatkan ganjaran atau habuan seperti perhatian

* Menguji kekuatan hubungan mereka

* Membalas dendam kerana kecurangan pasangan

* Memperbaiki harga diri

* Menghukum pasangan.

Jenis-jenis cemburu

Normal:
Cemburu kerana wujudnya ancaman sebenar terhadap hubungan intim mana-mana pasangan kerana kehadiran orang ketiga.

Khayalan:
Ia adalah cemburu yang tidak normal. Individu terbabit mempercayai secara berterusan kononnya wujud ancaman daripada pihak ketiga.

Jika ia berlanjutan, individu terbabit perlu dirujuk kepada doktor atau pakar psikiatri. Mereka juga perlu menjalani kaunseling.

Melampau:
Jenis yang sukar dikawal. Ia didapati hampir sama dengan mereka yang mengalami post traumatic stress. PTS ini biasanya dialami mangsa penderaan emosi, fizikal dan seksual.

Sifat cemburu yang keterlaluan atau terlampau boleh menimbulkan kesulitan. Ada pasangan yang sanggup mengawal atau sering mengintip pergerakan pasangannya. Mereka berusaha mencari bahan-bahan bukti sebagai tanda kecurangan pasangan dan sebagainya.

Ini dikelaskan sebagai satu penyakit. Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyedari kerana merasakan perbuatannya sesuatu yang normal. Golongan ini, memerlukan rawatan jika ia sampai ke tahap yang menyulitkan kehidupannya sendiri dan pasangan.

Tip atasi cemburu
* Tidak bertindak melulu dan kawal diri.

* Selidik sesuatu dengan fikiran rasional.

* Tidak memendam perasaan seorang diri.

* Luahkan rasa yang terbuku di hati dengan seseorang yang dipercayai.

* Berbincang dan bersemukalah dengan pasangan.

* Berjumpa pakar kaunseling yang arif berhubung selok-belok rumah tangga.

Baca Seterusnya......

Wednesday, February 24, 2010

Can energy drinks really boost my energy?


The term energy drink encompasses two types of drinks : glucose-based energy drinks and caffeine-based stimulant energy drinks. Energy drinks are designed to increase mental and physical energy but are not primarily designed for use during sports or exercise.

The caffeine in stimulant energy drinks is used to increase alertness. It is rapidly metabolised by the body within a few hours.

It is also important to distinguish between sports and energy drinks as the two are often confused. Sports drinks, whether they are glucose or caffeine-based, are designed to meet particular sporting requirements.

The side effects depend on the drink's ingredients. Many drinks are made with a high percentage of carbohydrates. This often makes it harder for food and nutrients to be absorbed into the bloodstream, so your energy boost might not be as high or as effective.

Energy drinks also tend to be packed with a lot of fructose and sugar, which can often have laxative effects. However, the sugar is used up in a short period, and the drinker is often left feeling more fatigued than they were to begin with.

Caffeine is known to have both laxative and diuretic effects on the body, which means you often lose the stimulant through excess urination and are left dehydrated. Caffeine also increases your heart rate and body temperature. Too much of this stimulant can cause an irregular heartbeat, excess sweating, jitters and anxiousness, which is hardly ideal if you want to concentrate for an exam or get in the mindset for a competitive event.

Basically, if your energy drink is causing any of these side effects, you should be aware of them.

Baca Seterusnya......

Tuesday, February 23, 2010

Asal Allah SWT Menciptakan Nabi Adam AS

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: “Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman:

“Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha’if


MENURUT IBNU ABBAS

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA

Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

1. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

2. Sesungguhnya tanah yang akan ijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

3. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.


TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:

1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:

a. Mata alat penglihatan

b. Hidung alat penciuman

c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata “Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”.

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan “Yarhamukallah“. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa“.(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Baca Seterusnya......

Monday, February 22, 2010

PENJELASAN ZAID IBRAHIM - Isu Royalti Minyak Kelantan.


Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.


Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum.

Sumber : http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Baca Seterusnya......

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa


Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,


Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-

Ertinya: "Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.


Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.


Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Sumber : Al-Azim.com

Baca Seterusnya......

CARA MENGHORMATI MASJID


Setiap orang Islam yang mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid ) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya :

Ertinya; "Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka janganlah terus duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat ( tahiyatul masjid )

Ertinya; "Dari Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat ( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk

Ertinya; "Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat ( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat ) yang ada di sisinya".


Mengenai orang-orang perempuan yang mengunjungi ke masjid, Abu Hurairah radiallahu Anhu berkata,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Janganlah kamu melarang perempuan hamba Allah pergi ke masjid-masjid Allah dan hendaklah mereka keluar ( dari rumah mereka ) dengan memakai pakaian yang sederhana dan tidak pula memakai bau-bauan.

Walaupun orang-orang perempuan tidak dilarang mengunjungi masjid-masjid Allah dengan syarat mereka memakai pakaian yang sopan dan tidak memakai bau-bauan tetapi dalam sebuah hadis yang lain ( riwayat Imam Ahmad dan Al tabrani ) bahawa semasa baginda menjawab pertanyaan Ummu Humaid baginda bersabda :

"Dan ( sebagai seorang perempuan maka ) sembahyangmu dalam bilikmu lebih baik bagimu daripada sembahyangmu di masjid-masjid kampungmu ".

BERIKTIKAF DI MASJID

Di antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya duduk di masjid dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala Dalam masa beriktikaf itu hendaklah diisi dengan mengerjakan sembahyang sunat, membaca A--Quran, berzikir ( tasbih, tahmid dan tahlil ), beristighfar, berselawat atas Nabi s.a.w., berdoa dan lain-lain lagi dari amal-amal bakti yang mendampingkan diri seseorang makhluk kepada Allah s.w.t. yang telah menciptanya dan mencipta sekalian alam serta mentadbirkannya.

Amalan beriktikaf itu telah disyariatkan oleh Allah Taala semenjak zaman nabi-nabi yang telah lalu sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran

Ertinya; "Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang yang ruku dan sujud ( surah Al-Baqarah : 125 )"

Hukum beriktikaf di masjid ialah Sunat Muakkad pada tiap-tiap waktu dan lebih afdhal lagi pada 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan untuk menunggu malam lailatul Qadar, tetapi jika seseorang itu bernazar untuk beriktikaf di masjid dalam satu-satu masa yang tertentu maka hukumnya adalah wajib.

Siti Aishah Radiallahu Anha ada berkata ,

Ertinya; "Adalah Nabi Muhammad s.a.w. apabila hendak beriktikaf, baginda sembahyang subuh ( pada waktu fajar ) kemudian baginda masuk beriktikaf di tempatnya yang khas di dalam masjid."

Diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang lain ;

Ertinya; "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. biasanya beriktikaf pada 10 hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga diwafatkan oleh Allah azawajalla, kemudian ( amalan iktikaf itu ) diteruskan oleh isteri-isteri baginda sesudah itu."

Sumber : Al-Azim.com

Baca Seterusnya......

Sunday, February 21, 2010

Kesan Masalah Akidah - Ustaz Zaharruddin




Baca Seterusnya......

Saturday, February 20, 2010

This 8 kind of dream : you may be sick


Tip: from the pathological point of view, many physical illnesses, and mental illness, the incubation period, symptoms are not obvious.

Especially during the day, people’s brain activity, brain cells are very excited about the cases, are imperceptibly that the abnormal lesions in vivo potential to stimulate the signal.

Sleep when the brain cells to enter the “resting” status, job function of reduced time during the day to stimulate the subtle signals, on stimulation on the central cortex, so that the corresponding brain cells, there stress response, predictability dreams happen.

And different diseases, with different dreams, and dream the same disease, usually similar.

1. Dreamed of, someone or a monster, beating your head, or to your facial features, irrigation fluid. You probably suffering from brain tumor, and diseases of the nervous system.

2. A dream to hear the strange sound. Auditory center may exist in certain diseases, or near the vascular hardening happen.

3. Dreamed trachea was jammed, breathing is not smooth, suffocation. Respiratory disease probably exist.

4. Has been chasing the dream, the hearts of fear,you cannot move and scream, awakened after a lingering fear, sweating, rapid heartbeat. Are probably the heart of coronary artery insufficiency.

5. A dream, walking instability, twist the body, heavy limbs, and accompanied by a sense of suffocation, and suddenly awoke. Are probably a harbinger of angina.

6. Dreamed of falling from height, but always fell on the ground are not yet on the awakened. Are probably a sign of heart disease.

7. Dreamed of water scenes, such as floods, swamps, drowning and so on. Hepatobiliary system and kidneys, there is probably lesions.

8. Dream was beaten up after feeling pain dream beaten. Indicates the corresponding body organs may have lesions.

Therefore, the experts believe that, if the sleep time and again come from circumstances similar to the above dream, attention should be paid.

Baca Seterusnya......

Friday, February 19, 2010

Nak Hidup Pun Susah...Apatah Lagi Untuk Mati

Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI


NAK HIDUP pun susah..apatah lagi untuk mati...Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang tidak boleh kita atur mahupun rancang dengan sebaiknya.Antaranya, di mana dan bila kita akan dilahirkan, dalam keluarga mana kita akan dibesarkan, bila akan kita meninggal dan di mana kita akan dikebumikan.

Pengalaman yang saya tempuhi baru-baru ini membuktikan kenyataan di atas amat benar sekali. Tiada siapa ingin mengalami kematian yang tragis, apatah lagi kesukaran dalam menyempurnakan jenazah.

Rupanya bukan mudah untuk menguruskan jenazah di bumi Australia ini. Begitu banyak kerenah birokrasinya yang boleh dianggap remeh dan menyusahkan.

Epilog ini bermula dari saat pengkhabaran kematian diterima, sebagai rakan dan juga rakan senegara datang melawat memberikan penghormataan terakhir di hospital. Kita sebagai umat Islam seboleh-bolehnya ingin menyempurnakan jenazah tersebut secepat mungkin.

Namun peraturan di sini adalah sebaliknya. Jika berlaku kematian kita hanya mempunyai dua pilihan - sama ada menggunakan perkhidmatan pengkebumian ataupun menguruskannya sendiri.

Bagi mereka yang berkemampuan, perkhidmatan pengkebumian, menyediakan pakej serba lengkap “hassle free” dan agak selesa, namun harganya amat menyeksakan.Bagi yang tidak berkemampuan, pilihan kedua merupakan pilihan yang terbaik.

Namun, anda perlu mempunyai rakan yang sanggup berkorban, menghulurkan wang ringgit (dollar), tenaga dan masa. Akan tetapi kemahiran berkomunikasi serta melayani kerenah pengurusan amat mustahak pada masa begini.

Untuk mengebumikan mayat, peraturan yang ada di sini ialah perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu. Surat kebenaran ini hendaklah didapati sebelum urusan mencari tanah perkuburan dilakukan.

Antara persoalan yang ditanya oleh “local council”, siapakah yang akan menguruskan jenazah? Hanya mereka yang mempunyai kelayakan serta diiktiraf di sini, yang boleh melakukannya.

Amat mudah mencari siapa yang sanggup menguruskan jenazah tapi agar sukar mencari mereka yang diiktiraf oleh pihak berkuasa sini. Ketika inilah terfikir betapa pentingnya hubungan baik dengan pihak berkuasa jika berlaku sesuatu kesusahan begini.

Setelah surat kebenaran dari pihak berkuasa diperolehi, tanah kubur hendaklah dibeli. Anehnya satu lot tanah kubur di sini, dimiliki oleh dua orang. Ini bermakna, satu tanah boleh dikebumikan dua mayat.

Selalunya suami isteri akan membeli satu lot, dan mengharap, satu hari kelak mereka akan disemadikan bersama-sama.Harga bagi satu lot dewasa lebih kurang AUD5,000 (RM 16,000) manakala satu lot untuk kanak-kanak mencecah AUD2,000 (6,400). Kubur tidak akan digali sehinggalah dibayar jumlah yang dipinta.

Untuk menjimatkan kos pembelanjaan kami bercadang untuk menggali sendiri tanah kubur tersebut, namun peraturan di sini, memerlukan setiap penggali kubur membeli insuran khas kerana takut berlaku sebarang kecelakaan ketika proses penggalian.

Jika dikira akan kos membeli insuran dengan mengupah pihak berkuasa melakukannya, maka adalah lebih baik pihak berkuasa melakukannya.

Epilog ini tidak berakhir begitu sahaja. Jenazah tidak boleh dibawa keluar jika tidak menggunakan kenderaan jenazah. Kenderaan ini hendaklah disewa dari senarai yang diberikan oleh pihak berkuasa sahaja.

Ketika ini teringat akan dialog dalam filem P.Ramlee, madu tiga, “mahu hidup pun susah, mahu mati pun lagi susah”.

Memasuki hari ketiga, barulah jenazah dibawa keluar dari hospital menggunakan kereta jenazah yang di sewa ke masjid berhampiran. Saya diberi penghormatan oleh masyarakat setempat untuk memandikan jenazah serta mengimamkan solat jenazah di masjid tersebut.

Selesai sahaja solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan, yang pastinya tanah perkuburan “multi-faith”. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di tanah air kita. Sampai sahaja di situ, tanah sudah digali, hanya ditutup dengan kayu-kayu disusun rapi.

Saya mengarahkan seorang untuk turun dan mengalih kayu-kayu tersebut. Bertambah terkejut saya apabila tiada liang lahad disediakan.

Terkasima para jemaah melihat suasana begini, dan saya diarahkan pihak berkuasa untuk segera mengkebumikan jenazah berserta dengan keranda. Setelah berunding seketika, akhirnya pihak berkuasa membenarkan jenazah dikebumikan tanpa keranda.

Selesaikan sahaja tanah dikambus, kayu dipacak berserta nama jenazah dipakukan.Linangan air mata mengalir bersama dengan bacaan doa mengakhiri epilog duka ini.Saya amat simpati dengan keluarga arwah, begitu banyak liku yang mereka hadapi, namun mereka begitu tabah dan cekal.

Bila berlaku begini, terimbau akan tanah tumpah negaraku, alangkah bertuahnya hidup di Malaysia, hidup mudah nak mati pun mudah juga.

Hidup di rantau penuh dengan ranjau dan duri, namun ikatan persahabatan melampaui segalanya. Melalui ukhwah begini, tiada kekusutan yang tidak boleh terungkai, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.Mstar

DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI merupakan honorary visiting academic di Asia Institute, University of Melbourne. Beliau boleh dihubungi menerusi emel asani@unimelb.edu.au

Baca Seterusnya......

Thursday, February 18, 2010

’Hit squad’ that killed Hamas chief Mahmoud al-Mabhouh were using fake passports

At least three members of a suspected hit squad blamed for the assassination of a Hamas commander in Dubai were using fake passports, it emerged today.

Police in Dubai released details yesterday of 11 people they believe were involved in killing Mahmoud al-Mabhouh, including six British passport holders and three Irish passport holders.

But Ireland’s Department of Foreign Affairs said today in a statement: “We are unable to identify any of those three individuals as being genuine Irish citizens. Ireland has issued no passports in those names.”


The suspects: (From left to right, top row): Evan Dennings (Irish), Gail Folliard (Irish), James Leonard Clarke (British), Jonathan Louis Graham (British); (From left to right, middle row) Michael Bodenheimer of (German), Paul John Keeley (British), Michael Lawrence Barney (British); (From left to right, bottom row) Peter Elvinger (French), Kevin Daveron (Irish), Melvyn Adam Mildiner (British), Stephen Daniel Hodes (British).

Dubai police chief Lieutenant General Dhahi Khalfan Tamim said yesterday an 11-strong hit squad using European passports was behind the murder of al-Mabhouh, a founder member of Hamas’s military wing, in a hotel last month.

The police chief also released the names and photos of the alleged gang, along with their apparent nationalities according to the passports.
It prompted a flurry of activity in London and Dublin as officials sought to clarify if nationals from the two countries were involved.

The British Government has yet to comment on the validity of the passports other than to say that it was “seeking further information”.

But officials in Dublin cast serious doubts that the group were travelling with bona fide documents.

They said they had no record of passports being issued under the “Irish” names released yesterday in Dubai – Gail Folliard, Evan Dennings and Kevin Daveron.

Furthermore, the Irish Government said the passport numbers publicised by the Dubai authorities appeared to be counterfeits, as they have the wrong number of digits and contain no letters.

Al-Mabhouh died in his luxury hotel room near Dubai international airport on January 20. It is claimed he was suffocated.

Hamas has pointed the finger at Israel, blaming Mossad – the country’s secret service – for carrying out the hit.

Lt Gen Tamim did not go as far as directly blaming Israel, but said it was possible that “leaders of certain countries gave orders to their intelligence agents to kill” the Hamas man.

It is alleged that the hit squad flew into Dubai on separate planes and booked into different hotels wearing wigs and fake beards to disguise their appearances.

At least two of the alleged gang watched the Hamas commander check in to the hotel and booked a nearby room, it was further claimed.

Around five hours after setting foot in the city state, al-Mabhouh was ambushed and killed. It is not known if he opened the door to his alleged killers himself.

All of the suspects left the United Arab Emirates within 19 hours of their arrivals, it was claimed. All but two of the alleged gang travelled on British and Irish documents. Dubai also released details of suspects with French and German passports.

Hamas officials have so far failed to state why their commander was in Dubai amid suggestions that he was on his way to Iran.

In a statement released last month, the militant group acknowledged that al-Mabhouh was involved in the kidnapping and killing of two Israeli soldiers in 1989, adding that, until his death, he had played a “continuous role in supporting his brothers in the resistence inside the occupied homeland”.

Baca Seterusnya......

Syarikat Komunikasi U-Mobile akan dijual kepada Singapura


Vincent Tan akan menjual majoriti 33 peratus saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT) dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi, bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Singapura pernah gagal menguasai 30 peratus Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan is said to have struck a deal to sell a 33% stake in the celco to Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) in a deal that could be worth RM626mil or RM5 a share.

It is learnt that a term sheet was signed this week by Tan’s company, U Television Sdn Bhd, and STT, the parent of Singapore’s second largest telco, StarHub. (The Star)

Baca Seterusnya......

Mokhzani, Nazir, Raja Eleena di antara terkaya di Malaysia


Mokhzani Mahathir, (gambar) anak kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Nazir Razak, adik perdana menteri Najib Abdul Razak adalah di antara 40 paling kaya di negara ini.

Senarai penuh 40 jutawan dan ‘billionaire’ ini tersiar dalam kajian majalah terbitan dua minggu sekali ‘Malaysian Business’ keluaran 16 Februari ini.

Seperti tahun-tahun yang lalu, kekayaan 40 mereka paling kaya dinilai berdasarkan pegangan saham mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga setakat 15 Januari tahun ini.


Nazir Razak, 41, dari Kumpulan CIMB muncul buat pertama kali dalam senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya pada kedudukan nombor 40 dengan kekayaan bernilai RM345 juta.

Mokhzani, 47, menduduki tempat ke 20 dengan nilai bersih lebih dari RM1 bilion melalui pegangan sahamnya dalam Kencana Petroleum.


Raja Eleena Azlan Shah, 48, dari Gamuda dan anak kepada Sultan Perak berada pada kedudukan ke 35 dengan anggaran kekayaan bernilai RM515 juta.

Empat puluh terkaya rakyat Malaysia mencatatkan peningkatan kekayaan terkumpul bernilai RM156.7 bilion sehingga setakat 15 Januari atau 63% lebih tinggi, dari sejumlah RM96.3 bilion setahun yang lalu, berikutan pemulihan pasaran saham.

Bagaimanapun mengikut kajian majalah itu, kekayaan terkumpul mereka adalah berkurang berbanding dengan RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.

Paras kedudukan FBM KLCI telah meningkat 44.3% sejak kajian terbaru dijalankan memandang ekonomi bergelut untuk pulih kembali berikutan krisis kewangan global.

Kajian itu juga mendedahkan hampir separuh dari senarai tersebut mencatat perningkatan 50% atau lebih. Terdapat lebih ramai bilionaire tahun ini iaitu seramai 22 orang, lebih lapan dari tahun lepas.

Robert Kuok, 84, dari Kuok Group yang melucutkan gelarannya sebagai ‘Sugar King’ tahun lepas, masih berada di puncak dengan nilai kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion dari RM26.6 bilion setahun lalu.

Tycoon media dan telekomunikasi Ananda Krishnan, 70, menduduki tempat kedua, dengan nilai kekayaan sebanyak RM27 bilion.

Lee Shin Chen dari IOI Corporation, 69, menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh banker Teh Hong Piow, 78, pada RM10.86 bilion.

Lim Kok Thay, 56, dari Genting Group, bernilai RM10.38 bilion, melangkah 10 anak tangga pada tempat kelima. Ini berikutan beliau mewarisi sebahagian besar kekayaan mendiang bapanya, Lim Goh Tong.

Quek Leng Chan dari Hong Leong Group, 67, menduduki tempat keenam pada RM7.09 bilion sementara Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary bernilai RM6.01 bilion, di tempat ketujuh.

Termasuk dalam senarai 10 terkaya ialah isteri mendiang Goh Tong, Lee Kim Hua, 79, Tiong Hiew King, 78 dari Kumpulan Rimbunan Hijau dan Vincent Tan, 56 dari Berjaya Group.

Terdapat lima muka baru dalam senarai selain Nazir Razak. Mereka ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, dua beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang kembali ke dalam senarai setelah tercicir setahun lalu.


Sumber : Kelab GB

Baca Seterusnya......

Air: BN Berniat Jahat Terhadap Kerajaan PR Selangor


Kerajaan Pusat Umno-Barisan Nasional telah membuat tawaran yang lebih lumayan kepada syarikat konsesi air di Selangor bagi mengambil alih asetnya.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang bimbang tindakan itu akan memaksa pengguna membayar harga lebih tinggi untuk bekalan air.

Kerajaan Selangor sebelum ini menawarkan untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi di bawah program penstrukturan semula industri air negara.

Namun pakej bernilai lebih lima billion ringgit yang di tawarkan oleh kerajaan negeri di tolak oleh Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas pada awalnya.

Abbas dan Splash kemudian dilaporkan telah menerima tawaran itu namun Puncak Niaga dan Syabas beralih ke kerajaan pusat untuk mendapatkan tawaran lebih baik.

Adalah difahamkan kerajaan pusat menawarkan 9.7 billion ringgit untuk mengambil alih aset keempat-empat syarikat berkenaan.

Apa yang membimbangkan ialah implikasinya kepada rakyat negeri Selangor.

"Kerajaan Negeri telah membuat tawaran yang munasabah kepada setiap konsesi terbabit tetapi nampaknya Kerajaan Pusat juga turut membuat tawaran. Apa yang kita bimbang adalah pemilik konsesi (sekiranya menerima tawaran Kerajaan Pusat) akan memindahkan kos (pembelian) kepada pengguna," tegas Dr Dzulkefly.

Beliau berkata kerajaan pusat harus menghormati hak kerajaan negeri berunding dengan syarikat konsesi berkenaan.

Menurutnya lagi, yang penting ialah rakyat tidak dibebankan dengan kos yang lebih tinggi akibat ghairah melindungi syarikat terbabit.

"Kerajaan Negeri masih lagi berharap, dan menegaskan keterlibatan Kerajaan Negeri mestilah berbaloi. Sekiranya Kerajaan Pusat mahu meneruskan tawarannya kepada pemilik konsesi, akhirnya ia akan bercanggah dengan matlamat penstrukturan air itu," jelas Dr Dzulkefly.

Beliau kesal kerana kerajaan Pusat meminta kerajaan negeri membuat rundingan, sebaliknya mengambil alih proses itu apabila pampasan yang ditawar oleh kerajaan negeri tidak disenangi oleh syarikat berkenaan.

"Melihat kepada perkembangan ini, kita merumuskan bahawa Kerajaan Pusat sekadar mahu melindungi Puncak Niaga dan Syabas kerana dua syarikat ini terbukti menanggung hutang yang banyak," kata Dzulkefly.

"Apa yang membingungkan saya adalah mengapa Kerajaan Pusat beria-ria mahu menyerahkan sistem air sebegini penting kepada mereka yang tidak berkeupayaan," tambah beliau.

Sumber : Kelab GB

Baca Seterusnya......

Tuesday, February 16, 2010

Vitamin terbaik untuk kanak-kanak.

ADAKAH anak anda memerlukan vitamin tambahan dalam diet sehariannya? Apakah beliau cukup khasiat untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas?

Inilah persoalan yang sering melingkari minda ramai ibu bapa yang ragu-ragu mengenai keupayaan sendiri dalam memantau pembesaran anak-anak.

Justeru, tidak hairan apabila anak-anak zaman ini disogokkan dengan pelbagai pil bagi menambah kecergasan dan kecerdasan. Tetapi, adakah ini perlu? Tidakkah terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan pelbagai vitamin tambahan?

Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata cara terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat vitamin dan mineral adalah dengan memberinya peluang menikmati pelbagai jenis makanan.

Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam dietnya.

“Memang mudah menyebut diet yang sihat, tetapi kanak-kanak tidak makan seperti mana kita mahu mereka makan. Anak-anak yang cerewet dalam soal pemakanan tidak akan memperoleh vitamin, mineral dan nutrisi penting yang lain,” jelasnya.

Malah ada juga kanak-kanak langsung tidak makan makanan berkhasiat atau sihat. Ada yang lebih cenderung memilih makanan yang diproses dan makanan ringan kurang sihat dan kurang khasiatnya berbanding gula dan kalori.

Dr Azam berkata, anak-anak yang memilih makanan juga tidak mendapat khasiat secukupnya bagi membantu pembesaran mereka. Vitamin dan mineral yang amat penting bagi pembesaran kanak-kanak, secara umumnya boleh diperoleh dalam diet pemakanan seimbang. Tetapi ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada kanak-kanak yang suka memilih makanan.

“Kanak-kanak yang tidak mengambil mengambil vitamin dan mineral secukupnya mungkin berhadapan dengan kadar IQ yang rendah berbanding kanak-kanak yang mendapat mineral dan vitamin mencukupi,” katanya.

Jelas Dr Azam, fakta penting yang perlu diketahui ramai adalah usaha meningkatkan tahap IQ kanak-kanak bukan bergantung pada jenis atau vitamin tertentu tetapi gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C.

Bagaimanapun pengambilan makanan tambahan juga harus sesuai dengan keperluan anak-anak kerana pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak sebaliknya boleh menjadi toksik kepada tubuh kanak-kanak.

“Apa yang perlu diketahui, vitamin dan mineral tidak merawat penyakit kecuali jika kanak-kanak mengalami masalah kekurangan vitamin atau mineral,” katanya.

Jika dilihat, makanan tambahan bukan lagi dalam bentuk pil atau kapsul. Ia juga tidak lagi terhad kepada vitamin dan mineral, sebaliknya asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan. Ada juga sebahagian makanan tambahan ini dimasukkan dalam susu tepung.

Misalnya, susu formula mengandungi rumusan DHA (asid docasaHexanenoic, sejenis omega 3) yang membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Bagaimanapun jelas Dr Azam, vitamin dan mineral dalam susu formula tidak setanding dengan kandungan DHA dalam susu ibu. Tetapi, perlu diingat, jika ibu menyusukan anak tidak mengambil diet yang betul, ini pasti menjejaskan kualiti susu.

“Ramai ibu yang mahu segera kurus selepas pantang dan tidak makan dengan betul. Mungkin mereka akan cepat mendapat bentuk badan asal selepas bersalin tetapi tindakan itu menjejaskan khasiat susu ibu,”

Dr Azam berkata satu lagi makanan tambahan yang mungkin membantu dalam proses pembesaran kanak-kanak adalah probiotik. Anak-anak yang lahir melalui pembedahan kurang terdedah pada bakteria usus yang baik berbanding anak-anak yang dilahirkan nomal.

Pendedahan kepada bakteria usus yang baik membantu dalam proses pencernaan dan melindungi usus sekali gus mengurangkan simptom cirit birit.

INFO: Diet sihat si kecil

# Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam makanan anak

# Makanan tambahan bukan setakat vitamin dan mineral, tetapi asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan

# Kanak-kanak kurang vitamin dan mineral secukupnya mungkin berdepan kadar IQ yang rendah

# Usaha tingkat tahap IQ bergantung kepada gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C

# Awasi pengambilan makanan tambahan. Jika berlebihan boleh menjadi toksik kepada tubuhnya.


Sumber : BH

Baca Seterusnya......

Menentang Tekanan Oksidan Dengan Vitamin E


KAJIAN saintifik telah membuktikan bahawa tekanan oksidan (kerosakan sel angkara radikal bebas) merupakan penyebab sebenar bagi lebih 70 jenis penyakit kronik yang berpunca daripada penyakit-penyakit seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung, artritis, sehinggalah ke penyakit sklerosis dan Alzheimer.

Proses yang sama membuatkan besi berkarat atau epal yang dipotong bertukar warna menjadi perang, merupakan sebab yang mendasari terjadinya penyakit-penyakit berkenaan.

Apa sebenarnya yang ingin dinyatakan ialah kita semua sedang “berkarat” dari dalam. Setiap penyakit degeneratif yang kronik merupakan akibat secara langsung kesan-kesan toksik yang dihasilkan oleh tekanan oksidan ataupun kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Sebenarnya, tekanan oksidan merupakan teori utama di sebalik proses penuaan itu sendiri.

Di samping itu, badan kita sentiasa diserang oleh pencemaran yang wujud dalam udara, makanan dan air.

Gaya hidup yang penuh dengan tekanan dan ketegangan juga amat berbahaya. Sekiranya kita tidak menyekat proses ini daripada terus berlaku, akibatnya ialah kemerosotan sel yang berterusan dan akhirnya kita akan menderita dengan penyakit.

Melalui penyelidikan dan amalan yang dilakukan sendiri, didapati bahawa pertahanan yang paling kuat terhadap penyakit-penyakit ialah sistem ketahanan semula jadi badan kita sendiri.

Ia jauh lebih unggul daripada mana-mana ubat yang mampu dipreskripsikan oleh doktor.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan suplemen nutrisi terhadap para pesakit bukan hanya sebagai perubatan alternatif, tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk perubatan pelengkap.

Pada hakikatnya, ia mungkin mewakili perubatan terkemuka yang paling baik kerana ia merupakan perubatan pencegahan yang tulen.

Mengambil suplemen nutrisi bukan bertujuan hendak menghapuskan sama sekali penyakit tetapi ialah untuk menggalakkan kesihatan, bersemangat lagi bertenaga.

Vitamin E dengan tokoferol bercampur adalah salah satu daripada suplemen yang memanfaatkan hampir semua orang yang mengambilnya.

Di bawah ini terdapat beberapa hasil penyelidikan yang telah mengesahkan kesan pencegahan dan kesan anti oksidan vitamin E bercampur tokoferol:

Bagaimana Hendak Memilih Jenis Vitamin E yang Betul

Dengan kesan-kesan perlindungan dan kesihatan yang begitu hebat, maka persoalan yang timbul ialah jenis vitamin E yang mana satukah patut anda ambil.

Untuk memberi sedikit pemahaman tentang perkara ini, vitamin E (tokoferol) terdiri daripada empat ahli, iaitu alfa-, beta-, gamma-, dan delta tokoferol.

Kebanyakan jenama produk suplemen vitamin E yang dijual mengandungi hanya satu ahli daripada keluarga tokoferol vitamin E, iaitu alfa tokoferol, yang tidak memberi anda perlindungan secara lengkap dan menyeluruh.

Jika anda mengambil suplemen vitamin E, maka pilihlah produk vitamin E yang mengandungi campuran alfa-, beta-, gamma- dan delta tokoferol bersama dengan succinate vitamin E, kerana ia bertindak secara bersinergi untuk memberikan manfaat-manfaat kesihatan yang maksimum.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Baca Seterusnya......

Cara Disable Facebook & Friendster Email Notification

Facebook dan Friendster pada defaultnya akan mengemel anda setiap kali ada aktiviti oleh rakan anda.Tetapi fungsi ini hanya menyusahkan dan hanya memenuhkan inbox emel pada pandangan saya.Jika anda mahu disablekan fungsi tersebut, ikuti tutorial ringkas ini.

FaceBook

1.Klik pada Settings dan klik pada Account Settings


2.Klik pada Notifications


3.Pilih off pada semua pilihan yang anda tidak berkenan.


4.Klik Save Changes.

Friendster

1.Klik pada Settings


2.Klik pada Notification Settings.


3.Pilih never untuk semua pilihan yang tidak berkenan.


4.Klik Save.

Sekarang anda sepatutnya tidak lagi menerima email dari Facebook atau Friendster setiap kali ada aktiviti rakan anda.

Baca Seterusnya......