Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, February 4, 2010

Senarai 20 Sekolah Menengah & Rendah Terbaik Di Malaysia

Jika sebelum ini kita telah melihat senarai sekolah menengah terbaik Malaysia bagi keputusan PMR 2009, kali ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah pun menyenaraikan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai salah satu langkah kementerian ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Mari kita lihat sekolah mana yang tersenarai.

Yang pastinya, untuk sekolah di bawah ini tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada kalangan 10,000 buah sekolah seluruh negara , bukannya mudah. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

10 Sekolah Berasrama Penuh

* Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
* Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
* Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
* Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
* Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
* Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
* Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
* Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
* Sekolah Alam Shah, Putrajaya
* Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

4 Sekolah Menengah Harian

* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
* Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
* Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

6 Sekolah Rendah

* Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
* Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
* Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
* Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
* Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
* Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.

Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Sekolah-sekolah SBT ini diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minimum mata pelajaran serta memanjangkan atau menamatkan tempoh persekolahan lebih awal”

“Mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan”


Sumber : BeritaSemasa.com

0 comments: