Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, May 7, 2010

Bil elektrik TNB tinggi, siapa tertipu ?

Oleh: amkns

"RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR KENAPA BIL TNB TINGGI !Banyak rungutan orang bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Caj elektrik telah berlipat ganda dalam sesetengah kes bagi bil bulan April, 2010. Dari laporan akhbar, perkara ini bukan hanya berlaku di negeri Kedah. Terdapat banyak rungutan sedemikian di negeri-negeri lain.

Antara alasan yang diberikan oleh TNB adalah bil-bil elektrik di kawasan tersebut hanya dapat dihantar sekali dalam masa dua bulan akibat kekurangan tenaga pekerja.

Malangnya, kaedah pengeluaran bil elektrik tersebut sekali dalam dua bulan membebankan dan mengakibatkan kerugian besar kepada para pengguna elektrik.

Contohnya, bagi pengguna elektrik rumah, setiap 500 unit elektrik yang diguna akan dicaj pada kadar RM0.286 seunit (KWH). Bagi 100 unit seterusnya, kadar yang dikenakan ialah RM0.378 seunit.

Penggunaan seterusnya akan mengikut kadar yang meningkat Sesiapa yang menggunakan lebih daripada 250 unit elektrik sebulan (iaitu lebih daripada 500 unit dalam dua bulan) akan mendapati kadar elektrik bagi 100 unit yang seterusnya akan meningkat kepada RM0.378 (iaitu peningkatan lebih daripada 32%).

Kaedah mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali tersebut adalah bercanggahan dengan kadar elektrik yang diluluskan oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia.

Sumber : http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2010/05/rakyat-malaysia-perlu-sedar-kenapa-bil.html

TNB LANGGAR UNDANG-UNDANG?

Tindakan TNB memeriksa meter dan mengeluarkan bil elektrik 2 bulan sekali di sesetengah tempat di dakwa melanggarkan undang-undang.

TNB perlu kembali menjalankan sistem bacaan kadar pengunaan elektrik secara bulanan seperti yang termaktub dalam seksyen 4(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Menurutnya tindakan TNB mengeluarkan bil 2 bulan sekali menyebabkan pengguna terpaksa membawa bil elektrik dengan kadar yang tinggi.

Sumber : http://mutaligat.blogspot.com/2010/05/tnb-langgar-undang-undang.html

BIL DUA BULAN SEKALI: TNB KURAS DUIT RAKYAT?

Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George menyelar tindakan tidak profesional Tenaga Nasional Berhad, TNB yang memberi alasan tidak munasabah berhubung isu sistem bacaan bil elektrik.

Alasan kekurangan tenaga kerja dan kononnya mencontohi negara maju bukan jawapan yang ditunggu rakyat yang terbeban dengan taktik TNB membuat pengiraan bil secara dua bulan sekali.

Beliau mengesyaki tindakan TNB itu adalah usaha terancang bagi memperoleh lebih keuntungan.

Berhubung masalah ini, Jacob berkata, pihaknya banyak menerima rungutan orang ramai di sekitar Subang dan Shah Alam sejak Julai tahun lalu.

Malah, beliau berkata, analisis yang dijalankan persatuan mendapati sistem bacaan kadar penggunaan elektrik dua bulan sekali ini merupakan satu strategi terancang TNB.

" Dalam analisis persatuan pengguna Subang dan Shah Alam kita merasa dukacita apabila kita mendapati ini adalah taktik yang digunakan oleh TNB untuk meningkatkan kos penggunaan elektrik" tambahnya lagi.

Sumber : http://suwaritimur.blogspot.com/2010/05/bil-dua-bulan-sekalitnb-kuras-duit.html

KECOH TNB TAK ‘TUNJUK MUKA’ MAMBAU - Sesi dialog penduduk bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sepatutnya diadakan semalam berlangsung dalam keadaan tegang berikutan wakil TNB tidak menghadirkan diri.

Sesi dialog anjuran DAP Negeri Sembilan itu tetap diteruskan di Pejabat DAP Mambau, di sini, walaupun ketiadaan wakil daripada TNB yang sepatutnya hadir bertemu penduduk di kawasan berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini, kita sering mendapat aduan daripada penduduk mengenai bil elektrik yang dikenakan dengan kadar tinggi. Bukan sahaja seorang tetapi lebih daripada 50 keluarga menghadapi masalah ini.

“Sistem dilaksanakan TNB dianggap tidak adil di mana pengguna terpaksa membuat bayaran untuk tempoh 66 hari yang dianggap terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna.

Sumber : http://pasns.blogspot.com/2010/05/kecoh-tnb-tak-tunjuk-muka.html

"

0 comments: