Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 13, 2010

Mahkamah: Perbicaraan Kes Liwat II Ditangguh, Beranikah PM Najib Serta ACP Rodwan Hadir Ke Mahkamah Sebagai Saksi Kepada Saiful Agaknya


Perbicaraan kes liwat II, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini. Mahkamah agak kecoh sebentar tadi akibat tindakan beberapa orang penyokong Anwar yang ingin cuba masuk ke dewan mahkamah. Mereka bagaimana pun telah dihalang oleh pihak polis. Dalam prosiding pagi ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mempersoalkan dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat "tanpa kerelaan". Dakwaan ini telah menjadi tajuk utama media arus perdana Utusan Malaysia hari ini iaitu "Diliwat Tanpa Kerelaan". Dakwaan Saiful itu menyebakan Karpal terpaksa memohon mahkamah membenarkan beliau melihat keterangan Saiful kepada pihak polis. Apa yang menarik di sini ialah, jika benar Saiful diliwat tanpa kerelaan maka kenapa beliau mengatakan ada menggunakan minyak pelincir pada duburnya sebelum diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Malah banyak keterangan beliau semalam yang jelas sekali telah memerangkap dirinya.

Peguam Cara Kata Tiada Beza 377B Atau 377C

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata tiada asas bagi permohonan Karpal Singh itu kerana adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara untuk mendakwa seseorang itu mengikut mana-mana seksyen. Beliau berkata, Anwar didakwa mengikut pertuduhan yang memperuntukkan hukuman lebih ringan dan bidang kuasa pihak pendakwaan tidak boleh dipersoalkan. "Tidak terdapat perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, perbuatan melakukan hubungan seksual di dubur ialah satu kesalahan sama ada secara sukarela mahupun tanpa sukarela. "Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza, hanya membabitkan hukuman lebih berat. Jika tanpa kerelaan, ia memperuntukkan penalti lebih berat. "Dalam hujah saya, tidak terdapat gerak hati untuk menjustifikasikan mahkamah ini untuk meneliti kenyataan itu atau malahan membekalkan kenyataan itu kepada pihak pembelaan," katanya.

PM Najib Dan DSP Rodwan Perlu Jadi Saksi Utama

Memandangkann dalam prosiding yang berlangsung semalam, nama PM Najib Razak dan nama Ketua Polis Melaka, DSP Rodwan Yusof telah disebut oleh Saiful Bukhari ketika disoal balas oleh Karpal Singh. Maka itu, kedua-dua mereka perlu dipanggil dan disapina sebagai saksi utama kes ini. Tambahan pula, Saiful berjumpa dengan mereka sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maknanya, kedua-dua saksi itu perlu dipanggil dan mendedahkan apakah tujuan Saiful berjumpa mereka. Masalahnya, adakah mereka berani tampil ke mahkamah bagi menjadi saksi kes ini?. Tunggu dan lihat adengan ini.

Hakim Akui Ada Terdapat Percanggahan Fakta

Sementara itu apa yang menarik dalam prosiding pagi ini ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Md Diah mengakui bahawa inilah kali pertama dalam sejarahnya mengendalikan satu perbicaraan dimana ada percanggahan fakta berlaku. Ia merujuk kepada laporan polis, keterangan Saiful dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

Saiful Menipu Kata Dia Di Liwat Tanpa Kerelaan

Peguambela Anwar, Karpal Singh berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. "Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan. "Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal. Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C. Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba menggugurkannya sebagai saksi utama kes liwat tersebut.

Saiful Terlupa Jumlah Kenyataan Kepada Polis

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis. "Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain. "Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan dia diliwat tanpa kerelaan.

Sumber : Pahang Online

0 comments: