Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 13, 2010

Tak ubah seperti pesawat peribadi


BAGAIKAN berada dalam pesawat peribadi apabila memandu Mercedes-Benz C 250 CGI BlueEFFICIENCY kerana ia dilengkapi ciri-ciri mewah serta tahap kelajuannya yang tiada tandingan bagi kenderaan enjin kapasiti 1.8 liter.

Kenderaan yang dilengkapi suntikan pengecas minyak petrol (CGI) itu mampu memberi saingan kepada kereta lain, jika diuji daya pecutan pada tahap pegun kerana ia boleh mencapai 100 kilometer perjam (km/j) dalam masa 7.4 saat.

Dengan mengekalkan rekaan sama seperti model C-Class sedia ada, kenderaan yang dijana dengan enjin baru itu satu langkah untuk memperkenalkan teknologi terkini dan memberi pengalaman berharga kepada pemandunya. Selain CGI, enjin empat silinder dalam satu barisan M271 itu disokong dengan suntikan terus dan pengecas turbo membuatkan Mercedes-Benz C 250 CGI BlueEFFICIENCY lebih cekap.

Kenderaan yang diperkenalkan Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd itu mampu memberikan bacaan 7.2 hingga 7.9 liter bagi setiap 100 kilometer (km), sekali gus menjimatkan minyak sehingga 12 peratus.

Enjin yang menepati piawaian Euro5 itu memberi prestasi terbaik dalam tork dan dapat mengurangkan kebisingan enjin selain memberi penjimatan serta keselesaan kepada penggunanya.

Baru-baru ini, penulis yang berpeluang menekan pedal minyak kenderaan itu terkejut apabila daya pecutan pada tahap pegun membuatkan badan terasa terletak di tempat duduk.

Ketika itu, penulis tidak menyangka kenderaan mewah yang menggunakan enjin kapasiti 1.8 liter itu mampu menjana kuasa sehingga 204 kuasa kuda (hp) dan kemampuannya mungkin memberi tandingan serta saingan terhadap kereta lain yang setaraf dengannya.

Apabila memijak kaki di bahagian dalam kenderaan itu, tidak ubah seperti berada dalam pesawat peribadi yang sebelum ini penulis melihat di kaca skrin televisyen.

Bayangkan tempat duduk yang disaluti kulit dan empuk memberi keselesaan kepada penumpang serta pemandu terutama memandu dalam perjalanan jauh.

Kebanyakan bahagian dalaman kenderaan itu dilengkapi butang elektronik termasuk mengalih posisi tempat duduk bagi memudahkan penumpang hadapan dan pemandu mendapat keselesaan.

Mereka yang bimbang sekiranya tersesat kerana tidak mahir selok-belok jalan raya, tidak perlu risau kerana kenderaan berkenaan dilengkapi sistem navigasi (GPS) bagi memudahkan ke destinasi yang dituju.

Ia turut dilengkapi pakej pemanduan dinamik apabila sistem suspensi boleh ditukar daripada 'comfort kepada 'sport' dengan hanya menekan butangnya yang terletak di bahagian papan pemuka dan ia bergantung kepada pemilihan pemandunya.

Ketika memilih suspensi 'sport', tekanan hidrolik yang terletak pada penyerap hentak dinaikkan bagi mencapai tahap yang baik untuk memberi kestabilan memandu pada kelajuan tinggi.

Keistimewaan kenderaan itu terserlah apabila badannya lebih rendah sebanyak 15 milimeter daripada Mercedes-Benz C200 K dan ia turut dilengkapi batang mengimbang.

Enjin dengan kapasiti 1.8 liter itu mampu mencapai kelajuan maksimum 240 km/j yang mempunyai kuasa 204 hp dan mencapai tork 310 Nm antara 2,000 hingga 4,300 rpm.

Kenderaan ini dijual pada harga RM287,888 tanpa insurans.

SPESIFIKASI
MERCEDES-BENZ C 250 CGI
ENJIN: M271 DEH dengan suntikan terus dan pengecas turbo
KUASA MAKSIMUM: 150 pada 5,500 rpm
TORK MAKSIMUM: 310Nm antara 2,000 hingga 4,300rpm
TRANSMISI: Automatik lima kelajuan
CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS dengan BAS
HARGA: RM287,888 tanpa insurans

TAYAR YANG DICADANGKAN:
Corak: ContiSportContact 3
Depan: 225/45R17 91W TL FR MO
Belakang: 245/40R17 91W TL FR MO

Sumber : Metro

0 comments: