Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, May 20, 2010

TPBID: Kerajaan, Bank Negara perlu selesai segera

Pada tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan suatu skim bagi menggantikan perlindungan pihak ketiga iaitu No-Fault Liablity Scheme (NFL). Setelah mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia, persatuan-persatuan pengguna, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans, skim tersebut tidak diteruskan.

Semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa BNM akan memperkenalkan dan melaksana suatu skim baru bagi perlindungan kecederaan dan kematian pihak ketiga yang dinamakan Skim Asas Perlindungan Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga (TPBID).

Melalui skim TPBID ini, BNM memaklumkan bahawa suatu syarikat baru (Newco) akan ditubuhkan untuk mengawal selia skim ini. Syarikat (Newco) ini juga akan membayar ganti rugi yang dituntut oleh pemohon (mangsa kemalangan). Di bawah skim TPBID ini juga dicadangkan bahawa jumlah pampasan ganti rugi akan dihadkan (limit) pada suatu jumlah tertentu dan kadar premium insurans juga mungkin akan dinaikkan dan ditambah (top up).

Sehingga kini, maklumat tentang bagaimana skim ini berfungsi belum lagi diperincikan. Di bawah adalah isu-isu yang perlu diperjelaskan dalam rangka BNM merumuskan bentuk TPBID untuk perhatian Menteri Kewangan dan BNM

ISU –ISU YANG MEMERLUKAN JAWAPAN SEGERA

a) Struktur Syarikat

Adakah Skim TPBID merupakan tuntutan yang berasaskan polisi tiada tanggungan kecuaian (No Fault Liability) atau ia adalah Skim yang berasaskan tanggungan kecuaian (Fault Based Liability)?

Adakah TPBID newco ini sebuah syarikat insurans baru?

Siapakah yang akan menganggotai syarikat ini? Siapa pemegang saham dan ahli lembaga pengarah?

Berapakah kos penubuhan TPBID Newco ini?

Dari mana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan untuk menubuhkan syarikat baru ini? Adakah dari Perbendaharaan (duit rakyat)?

Bagaimana struktur skim ini? Adakah jabatan kerajaan dan agensi kerajaan turut terlibat?

Adakah semua syarikat insurans diwajibkan menyertai TPBID Newco?

Kenapa dilibatkan sektor insurans swasta?

Berapa buahkah jumlah syarikat insurans dan takaful yang terlibat?

Sejauh manakah bidangkuasa TPBID Newco?

Adakah TPBID Newco ini sebenarnya menggantikan MMIP?

Adakah syarikat ini melantik reinsurer dengan mana-mana syarikat insurans luar negara? Jika ya, negara dan syarikat mana?

Adakah syarikat takaful dan insurans akan menyediakan jenis dan bayaran top up yang sama antara satu sama lain atau berbeza?

Kenapakah sehingga kini BNM masih tidak menetapkan kadar dan jumlah sumbangan serta risiko antara pihak kerajaan dan pihak insurans?

Sekiranya syarikat tidak berupaya menampung risiko, bagaimana nasibnya selepas ini?

b) Penerangan, undang-undang dan prosedur:

Apakah faktor pendesak dan segera yang menghendaki skim ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa dalam tempoh yang terlalu singkat?

Kenapa tidak dihebahkan di dalam akhbar utama dan kenapa tiada penerangan di stesen TV utama seperti TV3 dan RTM?

Kenapa tempoh bantahan dan siaran terhad? Dari 23/04/2010 hingga 15/05/2010?

Adakah sekarang ini tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan syarikat insurans memberikan perlindungan pihak ketiga tanpa skim TPBID tersebut?

Pada masa sekarang, BNM telah mempunyai guidelines untuk pihak insuran melalui JPI/GPI 14 , sejauh mana pemantauan dan penguatkuasaan garis panduan ini diikuti oleh pihak insurans?

Jika pihak insurans tidak mengikuti garis panduan ini, apakah tindakan BNM dan denda serta hukuman bagi syarikat insurans tersebut yang tidak mematuhinya?

Apakah peranan BNM sebagai regulatory body untuk pihak insurans selepas skim TPBID?

Berapa lamakah jangka masa yang berpatutan untuk pihak insurans menyiapkan tuntutan mengikut JPI/GPI 14 oleh BNM sebelum ini?

Apakah Akta yang memberikuasa kepada Skim TPBID dan TPBID NewCo ini?

Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan skim ini akta-akta yang berkaitan akan dipinda?

Apakah akta-akta tersebut? Jika akan dipinda, bila? Skim dicadangkan akan dilaksanakan pada September 2010 tetapi Parlimen hanya akan bersidang pada Jun 2010, adakah segala persediaan telah dibuat?

Adakah perubahan prosedur tuntutan undang-undang sedia ada berbanding dengan tuntutan di bawah skim ini?

Mengikut Akta Undang-Undang Sivil 1956, umur pencen (bersara) dan kiraan umur untuk ganti rugi kehilangan pendapatan dikira sehingga umur 55 tahun sedangkan kerajaan telah melanjutkan umur pencen ke 58 tahun. (yang mana akan diguna?)

Kenapa Akta Undang-Undang Sivil 1956 masih belum dipinda untuk diselaraskan umur pencen?

Bagaimana dengan kos bereavement? Adakah masih mengikut Akta Undang-Undang Sivil 1956 (RM10,000.00)

c) Operasi dan Risiko

Fungsi, aktiviti dan tanggungan TPBID Newco amat berbeza dari AKPK dan FMB? Jika bukan atas dasar keuntungan, bagaimana syarikat ini akan menampung kos operasi dan membuat bayaran gantirugi tuntutan?

Adakah dengan penubuhan TPBID Newco ini bermaksud kerugian syarikat-syarikat insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat ini atau ia mengikut kadar nisbah sumbangan?

Bagaimana kadar penentuan premium tetap atau berubah mengikut risiko?

Adakah penetapan harga bayaran premium ditentukan setiap tahun dan oleh siapa?

Adakah BNM sedar bahawa jika skim ini dilaksanakan, pengguna akan membeli skim perlindungan mandatori sahaja.

Kenapa syarikat insurans menjadi ejen untuk mengutip premium dan dalam masa yang sama bertindak penilai tuntutan bagi skim ini? (sama seperti sekarang)

Adakah ejen ini masih layak menerima komisyen dan berapa kadar komisyen?

Adakah TPBID Newco sahaja yang dibenarkan untuk memberikan skim perlindungan asas TPBID?

Adakah ini bermakna semua syarikat insurans lain hanya dibenarkan menawarkan TPPD, TPL dan komprehensif sahaja?

Berapakah jumlah levi semua syarikat insurans dan takaful yang dikutip sehingga tahun lepas?

Kenapa syarikat insurans hanya perlu membayar levi dalam menubuhkan Newco?

Apakah implikasi kepada pendapatan negara daripada hasil levi syarikat insurans selepas skim ini dipakai?

Apakah yang dimaksudkan dengan ketirisan, di mana dan kenapa?

d) TPBID,TPPD,TPL dan Had Siling

Adakah semua pemilik kenderaan selepas ini mesti membeli dua perlindungan insurans iaitu TPBID sebagai perlindungan asas mandatori dan TPPD untuk kerosakan kenderaan bagi setiap sebuah kenderaan untuk memastikan tuntutan kecederaan diri dan kerosakan kenderaan pihak ketiga terhadapnya akan dilindungi?

Kenapa TPBID dan TPPD ini diasingkan?

Siapakah sasaran TPBID?

Apakah had siling tuntutan pihak ketiga terhadapnya? Adakah ia mengikut kes atau mengikut mangsa?

Sekiranya pemilik kenderaan membayar TPL adakah ia masih tertakluk kepada had siling tuntutan RM2juta?

Apakah had siling RM2juta itu meliputi semua kategori tuntutan dan kos serta faedah tuntutan?

Apakah jenis kategori tuntutan pihak ketiga terhadapnya?

Sekiranya dia tidak membeli TPL dan TPPD adakah dia wajib membayar lebihan (excess) tuntutan pihak ketiga?

Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tahun tersebut adakah premium akan diberi NCB?

Adakah ianya melibatkan kenderaan individu, bagaimana dengan kenderaan syarikat pengangkutan awam dan syarikat swasta?

Bagaimana untuk kenderaan asing yang masuk dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Adakah mereka diwajibkan membeli TPBID,TPPD dan top up cover?

Apakah terdapat umur maksimum kenderaan dan adakah loading juga akan dikenakan bagi kenderaan yang lebih umur?

Adakah fungsi Malaysian Insurance Bureau selepas ini?

e) Proses Tuntutan

Bagaimana pengguna membeli skim ini? Internet atau melalui ejen sahaja?

Adakah TPBID Newco akan mewujudkan cawangan? Di mana dan bilangan?

Berapa banyak kos akan digunakan untuk biaya keseluruhan cawangan?

Adakah jaminan BNM bahawa tidak akan ada lambakan kes tertunggak dari tahun ke tahun berdasarkan jumlah kes 40,000 setahun dalam tempoh yang ditetapkan (2 hingga 4 minggu)

Bagaimana tuntutan boleh dibuat kepada syarikat ini? Adakah dengan hadir sendiri di kaunter, melalui laman web, melalui wakil/ejen atau bagaimana?

Berapa lama tempoh boleh membuat tuntutan? Mengikut Akta Had masa 1953 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956, bagi kecederaan ialah 6 tahun dan bagi kematian 3 tahun. Adakah syarikat ini akan menggunakan peruntukan akta-akta ini?

Siapa boleh menuntut? Mangsa kemalangan sendiri atau wakil? Bagaimana jika mangsa meninggal?

Adakah mangsa perlu membayar kos khidmat kepada syarikat ini? Berapa bayaran perlu dibayar? Kadar ditetapkan dari masa ke semasa?

Adakah kos dokumen ditanggung oleh pemohon atau syarikat? Jika dikeluarkan oleh pemohon, adakah boleh dituntut kembali kepada syarikat?

Sejauh manakah keputusan dan penilaian TPBID Newco mempunyai weight di Mahkamah dan boleh dikuatkuasakan?

Bagaimana dan di mana pihak ketiga boleh menuntut excess ini?

Sejauh mana fungsi dan bidangkuasa TPBID Newco adakah seperti tribunal dan apa pula fungsi mahkamah dan peguam?

Bagaimana BNM boleh menyelaraskan KPI bagi semua jabatan yang terlibat dengan tuntutan TPBID?

Berapa kali tuntutan TPBID boleh dikemukakan? Adakah pemohon boleh menuntut semula sekiranya terdapat kecacatan susulan selepas itu?

Sekiranya tiada bayaran dibuat, bagaimana penguatkuasaan dan oleh siapa?



Sumber : DD

0 comments: