Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, June 28, 2010

Badminton: Chong Wei Juarai Terbuka Indonesia


JAKARTA, 27 Jun (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Lee Chong Wei meraih gelaran juara perseorangan kejohanan badminton Terbuka Indonesia dengan mengalahkan pencabarnya Taufik Hidayat dari negara tuan rumah dengan straight set 21-19, 21-8 dalam masa 37 minit.

Jeritan "Yel-Yel" oleh kira-kira 3,000 penonton yang memenuhi Istora Senayan bagi memberi semangat kepada Taufik tidak sedikitpun mematahkan semangat atau mengganggu konsentrasi Chong Wei untuk menampilkan yang terbaik.

Malahan, Chong Wei selepas permainan itu berkata beliau telah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal semenjak sebelum pertandingan lagi bagi menghadapi kerenah penonton Indonesia yang begitu bersemangat ketika memberi sokongan kepada pemain mereka sendiri.

Chong Wei juga berkata beliau tak menyangka akan mendapat kemenangan mudah dengan jurang mata yang lebar dengan pemain nombor satu Indonesia itu.

Chong Wei berkata beliau telah dapat membaca strategi Taufik sejak set pertama lagi.

"Dari first game lagi saya terus berusaha untuk dapat kemenangan. Setelah dapat first game, saya yakin akan menang second game," kata Chong Wei yang gembira dengan kemenangannya, meskipun mengakui ia bukan persembahan terbaiknya.

Sementara itu Taufik yang mengejar rekod tujuh kali juara Terbuka Indonesia mengakui bahawa Chong Wei menampilkan persembahan lebih baik kali ini, selain keadaan fizikalnya yang tidak sebaik Chong Wei.

"Perubahan keadaan fizikal ini merupakan perkara biasa dalam sukan dimana prestasinya selalu berputar...tidak akan selamanya di puncak," katanya.

Keputusan lain:

PERSEORANGAN WANITA: Saina Nehwal (IND) mn Sayaka Sato (JPN) 21-19 13-21 21-11

BEREGU CAMPURAN: Robert mateusiak/ Nadiezda Zieba (POL) mn Hendra Setiawan (INA)/Anastasia Russkhikh 21-18 22-20

BEREGU WANITA: Kim Min Jung/ Lee Hyo Jung (KOR) mn Cheng Wen Hsing/ Chien Yu Chin 21-12 12-21 21-11

BEREGU LELAKI: Fang Chieh Min/ Lee Sheng Mu (TPE) mn Cho Gun Woo/ Kwon Goo Yi (KOR) 21-16 21-15

-- BERNAMA

0 comments: