Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, June 21, 2010

Isu Parlimen Batu macam Bola Piala Dunia pulak

Hari ni, eBel News melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.

Wan Ahmad Wan Omar, Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat. - eBel News.

Semalam pulak dilaporkan:

Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.

tianchua3-june19Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan. - eBel News

Tau la sekarang ni tengah demam Piala Dunia tapi tak payah la isu kerusi perlimen Batu ni pun depa nak buat macam bola, Parlimen tendang kepada SPR, SPR pulak tendang balik kepada Parlimen.

Di pihak hakim pulak katanya dah bagitau yang keputusan tu sangat jelas. Denda yang dikenakan adalah RM2,000. Memang tak berapa kena kalau nak tanya hakim tu macamana dengan status Tian Chua sebagai ahli parlimen, lucut atau tak.

Pasainya, hakim tu bicara untuk kes Tian Chua gigit telinga polis, bukan ada kena mengena dengan parlimen Batu. Kalau nak mahkamah buat keputusan berkenaan status pahli parlimen Batu tu, nak kena bicara lain pulak laa, khas untuk isu tu.

Aku rasanya, buat masa ni sapa pun tak berani 'sepak bola' tu tala ke gol. Pasainya sampai saat ni 'kepten' pasukan takdak kata apa lagi.

Memang kalau ikut cara main bola biasa, penjaga gol pun nak kalau boleh cuba jaringkan tapi masalahnya team ni team yang dah kena rasuah. Yang deal rasuah tu kepten pasukan.

Pemain lain mana berani pandai-pandai buat jaringan, kalau silap masuk gol, mampuih depa kena belasah dengan kepten merangkap pengurus pasukan. Silap-silap lain kali tak boleh main dah.

Masa kes kat perak bila speaker kata kerusi katak kosong spr lembu kata tak kosong. la ni spr kaldai kata dia takde kuasa hanya speaker yang ada kuasa tentukan kekosongan.

Kes Tian Chua: Hakim tidak akan semak keputusan
NONE
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.Hakim Ghazali berkata beliau telah mendengar kes tersebut maka penghakiman mengenai denda tersebut adalah kekal. Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan bahawa beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan. Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'

Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari. Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.

Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi mengenalkan sabit kesalahannya tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Tian memberitahu pemberita pagi ini bahawa beliau masih lagi ahli parlimen Batu. Saya akan berkhidmat kepada pengundi saya dan akan pergi ke Parlimen selepas ini," kata selepas peguam dan pihak pendakwa bertemu hakim berkenaan di kamarnya.

Pertemuan itu adalah untuk mendapatkan penjelasan sama ada penghakimannya Khamis lalu telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen, mengikut Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tian diwakili oleh Ranjit, Amer Hamzar Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli. Pihak pendakwa pula diketuai oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Lee Keng Fatt.

Masalahnya berkisar mengenai tafsiran Perkara 48 perlembagaan persekutuan berhubung pembatalan kelayakan seseorang ahli parlimen.

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakankan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.

Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan..M/kini

0 comments: