Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, June 11, 2010

Kereta bertukar menjadi bot laju



KERETA Python bergerak di atas air.

LOS ANGELES - Sebuah firma di California, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kereta yang boleh menjadi bot paling laju, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta bot itu dikenali sebagai Python dan dikeluarkan oleh firma WaterCar. Ia mempunyai lima tempat duduk itu dan mampu dipandu pada kelajuan 161 kilometer sejam (km/j) di darat dan 97km/j jika di atas air.

Penciptanya, Dave March berkata, kereta itu 48km/j lebih laju berbanding saingan terdekat, Gibbs Aquada.

"Kereta bot sebelum ini tidak laju di atas air. Misi saya untuk menyaksikan kereta yang berprestasi tinggi yang turut merupakan bot laju," katanya.


KERETA Python keluar dari permukaan air.

Berat Pyton ialah 1,723 kilogram dan menggunakan enjin V8 kereta sport Chevrolet Corvette keluaran firma automobil terkenal AS, General Motors.

Kereta itu dijual pada harga AS$198,600 (RM678,900) dan pemandunya akan menekan butang supaya keempat-empat tayarnya condong bagi membolehkan ia bergerak di atas air.
Semasa berada di atas air, kereta itu menggunakan enjin Dominator 500 kuasa kuda.

0 comments: