Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, June 13, 2010

Selepas Greece, Cina Akan Menyusul Dan Seterusnya Ekonomi Dunia Runtuh

Oleh ramziredang

"Ketika kejatuhan euro kepada harga paling rendah selama empat tahun berbanding dolar Amerika, hanya negara Jerman yang boleh dikatakan masih berada dalam kelompong selamat. Sedangkan PIIGS( Portugal, Itali, Ireland, Greece dan Sepanyol di jangka menunggu masa untuk runtuh ke semuanya. Hungary dan Sepanyol hanya beberapa langkah sahaja akan menghampiri seperti Greece, bankrap kerana beban hutang negara yang sentiasa meningkat.

Hutang Sepanyol dikatakan lapan kali lebih besar dari Greece. Rata rata negara yang menghampiri bankrap, jumlah hutang mereka adalah 300 billion. Perlu disebutkan juga di sini, hutang negara Malaysia sepertimana data yang dikeluarkan oleh bank negara adalah hampir 380 billion(Najib kata hanya 240 billion)

Pelabur matawang terkenal, George Soros memberi amaran, krisis kejatuhan euro hanya baru bermula memasuki fasa kedua dan ini sangat 'menakutkan dan mengerikan' terhadap kesan ekonomi dunia. Seolah olah keadaan ini sedang menuju saat keruntuhan ekonomi dunia sepertimana keruntuhan ekonomi dunia pada tahun tahun 1930an. Sepuluh kali lebih parah berbanding kemelesetan tahun 1990an.

Ketika negara negara Eropah memasuki fasa keruntuhan, negara Cina mula memasuki fasa baru. Pakar ekonomi Credit Suisse, Dong Tao menyatakan pembiayaan yang banyak untuk menampung syarikat global yang bertapak di Cina untuk mengekalkan harga murah, akan bakal berakhir.

Kejadian bersiri bunuh diri pekerja Foxconn Teknologi juga akan memberi kesan kepada kenaikan gaji buruh buruh di Cina. Foxconn Teknologi, pengeluar terbesar produk terkenal seperti iPhone Apple dan Dell, bercadang untuk menaikkan kadar upah 800ribu pekerja di Cina. Honda Jepun juga mengumumkan akan menaikkan kadar upah pekerja kilangnya di Cina. Minggu lalu Beijing mengumumkan akan menaikkan kadar upah minimum sebanyak 20 peratus.

Marshall w. Meyer, Pakar tentang negara Cina di University of Pennyslvania menyatakan kenaikan upah ini akan mengubah demografi Cina dan dengan sendirinya akan mengurangkan penggunaan buruh.

Pietra Rivoli, pakar bisnes antarabangsa di Georgetown University pula meramalkan, kenaikan harga upah di Cina akan menyebabkan keluaran barangan yang bernilai rendah akan berpindah ke vietnam atau bangladesh.

Ini dengan sendirinya akan membawa Cina ke jurang krisis ekonomi yang baru.

Sebenarnya keadaan kepanikan telah berlaku ke atas pakar pakar ekonomi seluruh dunia tentang kemelesetan yang bakal berlaku. Lantaran itu sesiapa sahaja yang faham tentang ekonomi dan nilai matawang, telah mula membeli emas dan menyimpannya mulai sekarang.

Muenze Oesterrich AG, The Austrian mint, pengeluar syilling emas di Eropah dan Jepun mengumum kadar kenaikan jualan yang tinggi bermula beberapa minggu lalu.

Kadar pembelian emas juga meningkat di Amerika. Menunjukkan kadar keyakinan terhadap kekukuhan dolar Amerika mula menurun. Sungguhpun pada saat ini dolar sedang meningkat tinggi seiring harga emas, namun ianya masih belum mampu menyakinkan pakar ekonomi. Mereka menganggap kenaikan dolar hanya bersifat sementara dan palsu, kenaikan yang hanya bersandarkan kepada ucapan janji politik presiden US semata mata.

Bimbang dengan kadar pembelian emas yang meningkat secara mendadak ini menyebabkan Amerika terpaksa mengumumkan 'Roosevelt scheme'. Di dorong oleh bank bank Wall Street, US cuba melakukan skim roosevelt, cuba untuk melarang pemilikan emas dalam skala besar, menghentikan perdagangan jualan logam emas.

Sedangkan pada masa yang sama Israel mula menyimpan bekalan emas yang banyak, bagi menghadapi saat kejatuhan nilai matawang dan ekonomi dunia yang meleset.

Nyatalah idea PAS mencadangkan penggunaan dinar emas adalah satu langkah yang baik dalam memelihara kestabilan ekonomi dunia. Kempen menggunakan dinar emas ini juga pernah dicadangkan oleh Mahathir dalam forum forum ekonomi dunia tetapi ditolak secara total oleh mereka yang memang tahu hanya emas penyelamat ekonomi dunia.

Mereka ingin melihat negara negara lain hancur tetapi pada masa yang sama mereka selamat dan dapat menguasai dunia dengan rizab emas yang banyak dan sumber kekayaan yang tak akan berkurang, malah makin meningkat nilainya.

Pada saat mereka menolak cadangan menggunakan dinar emas, negara mereka menyimpan emas dengan banyaknya. Itulah Israel.

Sumber : DD

0 comments: