Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, September 11, 2010

Kecewa elaun bertugas SUKMA belum dibayar

Oleh Tranungkite

Apa cerita ? Kerajaan dan bankrap ke ? Kementerian Belia dan Sukan dah bankrap ke hinggakan elaun petugas SUKMA di Melaka pada bulan Jun 2010 belum dibayar lagi ? Camne mereka nak raya ?

Utusan Malaysia 9 Sep 2010. Saya merupakan salah seorang petugas di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka 2010. SUKMA telah berlalu sejak bulan Jun lagi. Segala borang tuntutan petugas telah saya isi dan hantar sebelum pulang ke Perak bersama-sama petugas yang lain.

Sebulan berlalu selepas itu tuntutan masih tiada khabar berita. Penyelia saya ambil tindakan menghubungi pihak Melaka. Khabar berita terkini diberitahu kami semua dijanjikan tuntutan tersebut akan dapat sebelum hari raya. Seminggu sebelum hari raya, kami diberitahu sekali lagi dijanjikan tiga hari sebelum raya selesailah semua masalah.

Kini kami diberitahu pembayaran tidak dapat dibuat kerana beberapa masalah dan pegawai yang bertugas sudah cuti.

Segala perbelanjaan ketika di Melaka selama dua minggu bukan kecil. Kami hanya staf biasa bergaji kecil. Kami cukup harapkan bayaran petugas selesai menjelang hari raya. Namun cukup hampa.

Kami sudah buat tugas yang cukup terbaik tetapi balasan yang diterima cukup menyedihkan. Selepas 20 September ini baru segala tuntutan bayaran akan diselesaikan selepas pegawai kembali bertugas.

Saya sudah cuba berkali-kali menghubungi pegawai terbabit menggunakan telefon bimbit mereka namun ditutup. Sedih saya teramat sangat. Bagaimana saya hendak sambut hari raya kali ini sebab simpanan duit telah digunakan ketika bertugas di Melaka.

ZALI

Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm



0 comments: