Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 27, 2010

Kereta Peronda PDRM Guna Kia Forte

Sumber beritasemasa.com

polis (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte

Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Mungkin? Lagi gambar kereta peronda PDRM Kia Forte…..

polis2 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte

Takkan Proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta peronda polis Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi.

polis3 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte

Dengan kemasukan kereta Kia Forte ini dalam pasukan PDRM, bertambahlah koleksi keretapolis di Malaysia setakat ini :
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Waja
  • Proton Satria GTi (dah tak nampak lagi, wujud lagi?)
  • Proton Perdana
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Rusa
  • Mitsubishi Lancer Evo 10
  • NAZA Forte

polis4 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte

Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam.
polis5 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte

polis6 (Gambar) Kereta Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
P/S : Apa pandangan anda dengan kereta polis peronda PDRM yang baru ini?


0 comments: