Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 14, 2011

Ali Rustam Mahu Debat Sarkas?


Saya sedia berdebat: Ali Rustam

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2009/03/utusan-18iii09-ali.jpg?w=470&h=435
MERLIMAU - Kesal dengan tindakan pembangkang sering menimbulkan isu negatif mengenai Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melontarkan cabaran untuk berdebat.

Menurutnya, beliau sedia berdebat dengan pembangkang mengenai isu dibangkitkan berkaitan negeri ditadbirnya.

Menurutnya, sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri, beliau sanggup mengadakan ceramah bersebelahan kawasan kempen pembangkang.

“Saya sanggup, saya berani menjawab semua isu dibangkitkan pembangkang mengenai negeri ini termasuk isu Melaka Maju, Sekolah Harapan dan isu lain yang mengutuk tindakan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Melaka.

“Lebih baik jika program itu dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, manakala dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana anjuran Invest Melaka dan SWM Environment Sdn Bhd di kawasan perindustrian Merlimau, dekat sini semalam.

Mohd Ali berkata, beliau tidak kisah untuk berdepan dengan mana-mana ketua pembangkang sama ada PKR, Pas atau DAP.

“Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan untuk menjawab sebarang isu dibangkitkan mereka mengenai Melaka,” katanya.

0 comments: