Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 21, 2011

Dolak-dalik saksi kelebihan untuk peguam saya – Anwar

Kes-sodomi II-01

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran pakar DNA bebas dari luar negara di dalam pasukan pembelaannya membantu menangkis cubaan pendakwa untuk memberikan gambaran tidak tepat terhadap dirinya.

“Apabila diminta peguam (bela) untuk ajukan (kenyataan), dia (Dr Seah Lay Hoong) cuba selindung untuk beri gambaran buruk kepada media.

“Jadi nasib baik kita bawa pakar DNA dan forensik kita sendiri. Ini akan membantu isu-isu yang agak banyak teknikaliti,” kata Anwar.

Beliau menambah, kenyataan saksi pendakwa serta penyerahan barang kes yang tidak konsisten dalam perbicaraan Fitnah II merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam pembela.

“Apabila peguam tanya, nampak dia (Dr Seah) berdolak-dalik dan ini akan memperkukuhkan kita,” kata Anwar.

Semalam dan hari ini, peguam Anwar berjaya menimbulkan beberapa keraguan kes yang dibentangkan pasukan pendakwa raya.

Pertama, calitan kapas B5 yang diambil daripada kawasan dubur Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) semalam mengandungi DNA tiga lelaki termasuk DNA Saiful sendiri.

Kedua, pendakwa raya mengemukakan laporan kimia yang mengandungi sampel B12 sedangkan sebelum ini laporan kimia yang diserah kepada peguam Anwar dinomborkan B sehingga B11 sahaja.

Dan hari ini, kombinasi DNA yang diambil daripada tubuh Saiful kemungkinan datang daripada sepuluh orang lelaki, dan bukannya tiga orang lelaki sebagaimana dakwaan Dr Seah semalam.

0 comments: