Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 8, 2011

Wang Kertas

Kublai Khan

Duit kertas yang pertama bermula di China.

Zaman dahulu orang China malas bawa duit emas. Walaupun terdapat lubang pada duit syiling mereka (untuk mereka bikin rantai dan gantung pada leher) namun bagi orang yang berduit banyak, mereka akan terasa berat.

Lalu mereka cari seorang yang boleh dipercayai. Mungkin pada hari ini, seseorang itu akan digelarkan sebagai bank. Jadinya, duit emas disimpan oleh 'orang yang boleh dipercayai' tadi.

Kemudian surat hutang diberikan. Mungkin pada hari ini, surat hutang itu akan disifatkan sebagai cek. Ketika itu surat hutang hanya untuk orang yang malas membawa wang emas yang banyak.

Andai kata, saya beli seekor kuda dari anda. Saya ambil seekor kuda, kemudian saya bayar dengan surat hutang. Dengan surat hutang tadi, anda boleh dapatkan emas seperti yang tertulis daripada 'orang yang boleh dipercayai' itu.

Tahun demi tahun, surat hutang itu ditingkatkan oleh kerajaan China menjadi wang kertas. Ia dikatakan sama nilainya dengan wang emas yang ada pada 'orang yang boleh dipercayai' itu. Kononnya nak memudahkan aktiviti ekonomi.

Kelebihan wang kertas berbanding dengan surat hutang ialah:-
  • Ia boleh dipindah milik
  • Boleh beli apa jua barang (kerana nilai yang dijanjikannya sama seperti emas)
Wang kertas dicetak sama kuatitinya dengan wang emas yang ada pada 'orang yang boleh dipercayai' itu.

Jika wang kertas dicetak secara membabi-buta, maka 'orang yang boleh dipercayai' itu akan garu kepala untuk mencari wang emas yang dijanjikan.

Kerana itulah Dinasti Yuan pimpinan Kublai Khan di China itu bungkus. Bukan sahaja berebut tampuk kuasa tetapi akibat wang kertas yang tidak diimbang dengan wang emas.

'Orang yang boleh dipercayai' = bank

Bank bungkus akibat mencetak wang kertas melebihi wang emas. Orang ramai akan marah apabila mereka memegang surat hutang atau pun wang kertas. Mereka mahukan emas.

Hari ini, emas bukan menjadi ukuran. Wang kertas kita tidak boleh ditukarkan dengan wang emas di Bank Negara.

Bahkan nilai wang kertas kita semakin mengecil. Hari ini kita pegang RM5 untuk sepinggan nasi bungkus. 5 tahun lagi belum tentu. Mengapa terjadi demikian?

Ini kerana wang kertas kita dikalahkan dengan wang kertas negara lain yang juga tidak boleh ditukarkan dengan wang emas.

0 comments: