Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, March 16, 2011

Subsidi Air Bukan Utk Semua - PM

SUBANG JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, subsidi air seharusnya disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukannya meliputi keseluruhan rakyat bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk generasi akan datang. Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu faham apabila bekalan adalah terhad dan mereka mahukan perkhidmatan yang lebih baik, maka mereka terpaksa menanggung kosnya. “Setengah pihak menyatakan air kini seumpama emas putih. Malah, ia kini menjadi komoditi yang amat bernilai untuk manusia dan keperluannya semakin mendesak.

“Meskipun kita mempunyai bekalan air yang melimpah ruah, ia tidak boleh dianggap boleh diperoleh secara percuma atau pada harga murah,” katanya dalam teks ucaptama pada Persidangan Air Asia Pasifik kedua di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Perdana Menteri berkata, pengurusan sumber air perlu dilakukan secara mapan serta memerlukan modal dan pelaburan besar.
“Kita jangan lupa apabila kita memutarkan kepala paip air, apa yang mengalir bukan saja air, tetapi suatu produk yang mempunyai nilai. Walaupun Malaysia mempunyai banyak air, air yang bersih memerlukan modal dan pelaburan.

“Bagaimanapun, apabila kita cuba meletakkan ‘kos’ untuk bekalan air ini, ada bantahan daripada orang ramai disebabkan mereka tidak memahami keadaan sebenar. Tidak dinafikan kos perkhidmatan air perlu pada harga munasabah dan kos itu perlu dikaitkan dengan kadar penggunaan bagi mengelakkan pembaziran.

“Bagaimanapun, proses memilih mekanisma bagi menentukan harga ternyata amat sukar terutama apabila ia dipolitikkan,” katanya.

0 comments: