Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, June 12, 2011

Naik..Naik..Naik..


Sejak kebelakangan ini sahaja, banyak kedengaran banyak perkara yang akan naik. Harga minyak Ron 95 yang pada mulanya dikatakan akan naik telah ditunda kenaikannya buat masa ini.


Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel dan LPG

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. (Sumber : Bernama - Malay Version)

Selepas itu,pada 27 Mei Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (MEC) berhubung kenaikan tarif elektrik.

Tarif Elektrik: Kerajaan Akan Teliti Dulu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (MEC) berhubung dengan kenaikan tarif elektrik

” Kita akan tengok dulu, terpulang kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. (Sumber: MyNewsHub)

Dan pada 30 Mei 2011, keputusan telah dicapai iaitu kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun ini.


Tarif elektrik naik 1 Jun ini, 75 peratus tidak terjejas
30/05/2011 7:28pm

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun ini.

Ini adalah sebagai sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan berkata, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan.

Ini bermakna pengguna yang menggunakan sehingga 300 kWj elektrik di mana bil mereka berjumlah RM77, tidak perlu membayar lebih.

Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. – Bernama (Sumber : Utusan)

Kesannya inflasi dijangka naik 0.27 peratus susulan kenaikan tarif elektrik tersebut.


Inflasi dijangka naik 0.27 peratus susulan kenaikan
30/05/2011

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

"Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini.

Inflasi tahunan pada April ialah 3.2 peratus.

"Kenaikan tarif bagi 75 peratus pengguna adalah sifar, jadi subsidi ditumpukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” kata Nor Mohamed.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk menaikkan tarif elektrik dan harga gas asli sebagai sebahagian daripada rancangan perasionalan subsidi.

Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Bhd menaikkan kadar sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun, kenaikan pertama sejak 2008 apabila tarif dinaikkan sebanyak 24 peratus.

Ia juga berkata, harga gas asli akan naik RM3 setiap juta unit termal British setiap enam bulan sehingga 2015, yang akan mengurangkan kos subsidi gas kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion. – Bernama (Sumber: Utusan)

Akhirnya, barang akan naik,inflasi akan naik, dan darah tinggi pun akan naik. Apa yang turun? Nilai wang turun, kuasa beli akan turun, dan ekonomi pun akan turun. Jadi dalam keadaan sekarang ini, apa yang kita boleh buat dari perspektif pengurusan kewangan peribadi, simpan duit penting, berbelanja dengan berhemah, dan beli mana yang diperlukan sahaja.

Tak berbelanja langsung pun tak boleh juga, nanti ekonomi tak bergerak. So, kalau nak berbelanja tu, pandai-pandailah beli mana yang perlu.

0 comments: