Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, June 24, 2011

Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011

Oleh Anwar Ibrahim


1. Belanjawan Tambahan ini mewakili suatu peningkatan sejumlah 8.2% daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion. Perbelanjaan tambahan RM13.2 billion ini digunakan selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini peningkatan mungkin mencecah 15%. Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini.

2. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan wakil yang dipilih mereka manakala urusan berkaitan perbelanjaan wang rakyat itu mestilah diurus serta ditadbir dengan cekap dan baik kerana itulah ciri ciri sebuah kerajaan yang berwibawa serta demokratik.

3. Hutang negara kian meningkat(peratusan hutang negara dari Keluaran Dalam Negara Kasar ialah pada kadar 54%), Malaysia tidak boleh mengambil risiko kehilangan keyakinan dan kepercayaan para pelabur, terutamanya yang melabur dalam bon kerajaan.

4. Saya khuatir kegagalan untuk membuat suatu unjuran yang tepat, tidak berupaya untuk menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan lemah mengurus ekonomi sekiranya dibiarkan akan mengheret negara berhadapan dengan keadaan sukar. Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece.

5. Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5% emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan.

6. Sejumlah RM1.009 bilion diperuntukkan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim. Begitu juga RM1.3 bilion bagi menampung pembayaran emolumen kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran yang meningkat berpunca daripada pengisian jawatan, pembayaran gaji 'time-based' untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

SUBSIDI

7. Belanjawan tambahan ini melibatkan pembayaran subsidi barangan petroleum sebanyak RM5.6 billion dan RM150 juta untuk pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi pengguna RM20 dan ke bawah untuk 2011. Jumlah belanjawan tambahan untuk subsidi kepada rakyat ialah RM5.75 billion.

8. Saya sentuh mengenai subsidi ini kerana menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, daripada Januari hingga Oktober 2011, subsidi untuk petrol, diesel dan Liquid Petroleum Gas, dianggarkan RM7.4 billion. Subsidi untuk gula pula dianggarkan RM800 juta setahun.

9. Tetapi subsidi gas untuk IPP, dianggarkan sehingga RM20 billion untuk 2010 dan RM22 billion untuk 2011. Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 billion ini tidak diperlukan sama sekali.

10. Manakala diakui kegelisahan rakyat dan kontroversi bersabit isu IPP. Makasewajarnya didedahkan kepada rakyat seluruh fakta, kaedah, perjanjian agar dinilai secara telus dan terbuka

11. TNB yang merupakan PEMBELI terpaksa menghenti operasi mereka untuk memberi laluan kepada PEMBEKAL iaitu IPP menjana letrik pada kadar kapasiti penuh termasuk kadar rezab kelebihan 40% yang dikira tidak munasabah dan membebankan TNB serta rakyat. Ini bermakna TNB terpaksa menanggong kerugian menutup operasi atau mengurang penjanaan letrik yang jauh lebih murah dan terpaksa membeli daripada IPP yang jauh lebih mahal. Kerugian yang ditanggong oleh TNB ini juga merupakan subsidi yang dinikmati oleh IPP.

12. Saya pohon kerajaan menngguhkan kenaikkan tarif letrik dan mengkaji segera perjanjian konsesi IPP yang bukan sahaja merugikan TNB dan kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya. Pendirian kerajaan untuk mempertahankna kepentingan syarikat2 konsesi ini turut disanggah oleh Bekas KSU Perbendaharaan, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan bekas Ketua Eksekutif TNB

13. Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.

Ani said EPU, which he sarcastically dubbed "Economic Plundering Unit", forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.

Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB's national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.

"You don't need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike - just revisit the terms given to some IPPs," Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.

"With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one's capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU - Economic Plundering Unit," he added, mocking the economic unit under the Prime Minister's Department.

14. Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini. Keduanya merupakan nadi pengeluaran dan pengedaran barangan pengguna. Kenaikan kedua kos ini akan menaikkan harga barangan pengguna yang membebankan rakyat dan mengurangkan "competitiveness" barangan keluaran Negara.

15. Mengikut laporan UNDP terbaru harga barangan pengguna di Malaysia sudah meningkat lebih daripada 30% tetapi gaji masih ditahap lama atau meningkat tak sampai 10% . Kerajaan cuba manipulasi kadar inflasi yang rendah dengan mengawal harga barangan "basket goods" atau "bakul barangan" yang dibuat kiraan untuk kadar inflasi. Hakikatnya banyak barangan "basket goods" tidak relevan lagi dan banyak barangan kegunaan harian yang tidak termasuk dalam bakul barangan dan perkhidmatan melambung begitu tinggi.

16. Kerajaan boleh mengekalkan harga petrol dan harga gula sekiranya subsidi untuk korporat baik atas nama subsidi, tax holiday, pampasan, "cost overrun", "variation order" yang berlipat kali ganda dari kontrak asal dan sebagainya diimbangkan dan diagih untuk barangan pengguna.

1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

17. Saya ingin menyentuh berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan telah mengeluarkan bon berjumlah RM5 billion dan akan mengeluarkan RM10 billion lagi hingga tahun 2013, menjadikan keseluruhan bon yang akan dikeluarkan bernilai RM15 billion.

18. Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi.

19. Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta.

20. Pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM amat disangsikan kerana bila saya amati penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui "paper shuffling".

21. 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari akhir akaun tahunan 2010 1MDB ditutup.

22. Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB atas pembelian balik pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan harga RM4.1 billion secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023.

23. Saya mahu PM jelaskan samaada bayaran RM4.1 billion ini dibuat secara ansuran untuk 11 tahun atau bayaran yang ditangguhkan untuk 11 tahun atau dalam bentuk lain seperti "loan stock", "convertible loan stock" atau kaedah lain yang diberikan kepada PetroSaudi International Limited.

24. Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion.

25. Menurut laporan odit yang dibuat oleh KPMG keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 -

"The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement".

26. Kenyataan juruodit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

27. Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum.

28. Saya percaya 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu.

29. Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini.

30. Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua maklumat ini kerana bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5 billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka? Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka melabur?

31. Saya pohon juga Jawatankuasa Odit Parlimen dan Jabatan Odit Negara mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB.

32. Kerajaan juga diminta membeku segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi 1MDB.

33. Kerajaan juga digesa menahan serta menarik balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan kepada 1MDB.

34. Saya bimbang berlaku penipuan secara besar-besaran dalam penggunaan wang hasil penerbitan bon oleh 1MDB yang dijamin oleh kerajaan yang boleh menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit sepertimana berlaku dalam skandal PKFZ.

Amanah Raya Berhad

1. Saya ingin juga membangkitkan kedudukan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh Amanah Raya Bhd. Ini kerana ia melibatkan 309,696 unit wasiat dan jumlah tabung amanah yang diuruskan bernilai lebih daripada RM250 billion mengikut laporan tahunan Amanah Raya Berhad 2009.

2. Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan sejak tahun 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. Amanah Raya adalah syarikat milik penuh Kerajaan dengan pegangan saham oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

3. Saya dimaklumkan dengan bukti nyata bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividend kepada wang pesaka yang dipegang dan dilaburkan oleh Amanah Raya Berhad sejak dua tiga tahun kebelakangan ini yang selama ini diberi agak kompetitif. Malah segala dividend yang diperolehi dipotong sebagai "Acceptance Fees".

4. Dari apa yang saya faham Amanah Raya Berhad dikorporatkan pada 1995 adalah dengan tujuan untuk melabur wang pesaka yang terbeku samaada di Pejabat Pesaka atau Mahkamah Tinggi untuk memberi faedah hasil pelaburannya kepada pewaris-pewaris sementara menunggu penyelesaian pembahagian harta pesaka.

5. Bukti:
i. Pada 9 Jun 2011 seorang hamba Allah menerima 2 keping cek bernilai RM466,961.00 dan RM314,400.00 dari Amanah Raya Berhad. Cek pertama yang bernilai RM466,961.00 adalah hasil wang pampasan tanah arwah bapa beliau yang diserahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Amanah Raya pada 1 Julai 2008. Daripada penyata yang beliau terima dividend yang diagihkan untuk bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2008 berjumlah RM6813.39 atau purata RM1362.00 sebulan. Semua dividend ini walaubagaimana pun dipotong sebagai "Acceptance Fees".

ii. Tidak ada langsung rekod pengagihan dividend untuk tahun 2009, 2010 dan sehingga Jun 2011 sedangkan dalam Laporan Tahunan Amanah Raya Berhad 2009 dividend sebanyak RM1.8 juta diagihkan. Berdasarkan purata dividend RM1632.00 sebulan bermakna hamba Allah ini sepatutnya menikmati dividend lebih daripada RM54,000.00 sehingga akhir Mei 2011, iaitu jumlah yang agak besar untuk orang kampong.

iii. Cek kedua pula bernilai RM314,400.00 juga merupakan hasil pampasan tanah yang diserahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Amanah Raya pada 18 Ogos 2010. Penyata menunjukkan hanya dividend untuk bulan September dan Oktober 2010 berjumlah RM1440.00 atau purata RM720.00 sebulan diagihkan. Sekali lagi semua dividend berjumlah RM1440.00 ini dipotong sebagai "Acceptance Fees". Tidak ada rekod langsung pengagihan dividend untuk bulan November, Disember 2010 dan Januari hingga Jun 2011. Berdasarkan purata RM720.00 sebulan sepatutnya beliau menerima dividend sebanyak RM6,480.00 hasil pampasan yang diuruskan oleh Amanah Raya ini.

iv. Kes yang saya ungkitkan ini bertentangan dengan "Mission Statement" Amanah Raya Berhad yang diantaranya:

1) To ensure efficiency and profitability at par with other private trust companies.
2) To ensure the highest standards of services to all our customers.

v. Persoalannya kemana perginya dividend yang sepatutnya diagihkan kepada pewaris-pewaris simati yang wajar dinikmati hasil pelaburan Amanah Raya ini? Bagaimana pula prestasi pelaburan wang amanah yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad kerana ia melibatkan lebih daripada 309,000 unit wasiat dan wang amanah lebih daripada RM250 billion? Bayangkan jumlah dividend yang tidak diagihkan kepada pewaris-pewaris simati. Dengan penarikan subsidi kepada rakyat adakah kerjaan juga menggunakan wang dividend pewaris-pewaris simati untuk pengurusan kewangannya?

NATIONAL KEY RESULTS AREA (NKRA) DAN ECONOMICS TRASFORMATION PLAN (ETP)

1. Pada 14 Jun 2011 akhbar The STAR melaporkan pelaburan telah mencatat RM170 billion. Saya difahamkan pelaburan yang diwar-warkan ini hasil daripada sesi "brainstorming" yang dikelolakan oleh Ethos Consulting dengan peserta ETP di Akademi MAS, Kelana Jaya dan bukannya pelaburan konkrit.

2. Pelaksanaan polisi ETP membimbangkan kerana banyak cadangan yang diusulkan sebenarnya tidak viable tetapi akan digunakan untuk memaksa GLC melaksanakan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang melobi di peringkat atasan.
3. Sebagai contoh saya difahamkan Felda telah disaran untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat Singapura, Premium Renewable Energy (PRE) melalui anak syarikatnya di Malaysia melabur dalam projek bioteknologi untuk memproses pelepah kelapa sawit kepada tenaga letrik dan menjual kepada TNB pada kadar 32 sen sekilowatt. Projek ini menelan belanja ratusan juta ringgit sedangkan kos TNB menjana letrik hanya 6 sen sekilowat. Sekiranya projek sebegini dilaksanakan sekali lagi TNB akan dibebankan kos pembelian letrik yang tinggi dan akhirnya dibebankan kepada rakyat sebagai pengguna.

4. Keupayaan Ethos Consulting merangka polisi ETP amat disangsikan. Beberapa polisi yang dicadangkan tidak memberangkan. Sebagai contoh National Auto Policy (NAP) yang banyak mendapat kritikan. Sebagai konsultan kepada Felda Global Venture Sdn Bhd dalam pelaburan luar Negara yang mengalami kerugian besar mencecah RM500 juta.

5. Saya juga difahamkan Ethos Capital juga cuba mendapat dana dari KWSP untuk diuruskan. Saya menaruh kebimbangan sekiranya ini berlaku wang KWSP juga akan mengalami nasib yang sama seperti Felda Global Venture.

0 comments: