Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, June 1, 2011

Tanah Di Jalan Sultan Ismail Dijual Bagi Tampung Premium Tapak Penjara Pudu - UDA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-yyKGA_uzhfjnnh3L4z8tU4-oS9OHzxH0mLl53gMxUtrVWmN-nttMbsVX4TZ1Q2oRLqnsuWR7w9EL4v2W13XSad9ITPCb0m9NEmKvQ9FiiEXzPZnmbRGovuKZi4tUN5eSWAZUwvikjw/s1600/corperat+5.jpg
Board Of Director UDA Holdings
KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.

"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.

"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat Bumiputera," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Exco Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang mendakwa penjualan tanah berkenaan merugikan golongan Bumiputera.

Bagaimanapun, Jazlan berkata penjualan tanah itu tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.

"Keputusan berkenaan juga membolehkan UDA Holdings Bhd menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada penjualan berkenaan untuk mencari bank tanah syarikat yang baru bagi membangunkan bandar baru, terutama sekali dalam kawasan Lembah Kelang," katanya.

Beliau berkata sebelum keputusan itu diambil, UDA Holdings mempertimbangkan agar tanah berkenaan dibangunkan secara usaha sama dengan syarikat lain, namun selepas kajian dilakukan, didapati kerjasama itu akan mendedahkan syarikat kepada risiko yang tinggi, terutama dari segi aliran bebas tunai.

"Ia berikutan pelbagai projek pembinaan yang akan dan sedang dibangunkan syarikat, sekaligus memerlukan UDA Holdings Bhd mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai," katanya.

Katanya, UDA Holdings terpaksa menjual tanah miliknya untuk mengukuhkan aliran tunai syarikat bagi membiayai pelbagai keperluan kerana tidak mendapat suntikan dana kewangan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menjemput Reezal Merican dan Tengku Azman bertemu dengannya di Pejabat UDA Holdings untuk mendapat gambaran serta penjelasan sebenar berhubung penjualan tanah berkenaan. - BERNAMA

0 comments: