Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, June 12, 2011

Zeti SAHkan INFLASI Negara Makin Meningkat.

http://www.bharian.com.my/articles/Khidmatdilanjut5tahunlagi/pix_gal0
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia akan menerima kesan sekiranya negara mempunyai harga komoditi tinggi yang akan membawa kepada harga makanan tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

"Ia sesuatu yang kita boleh tangani," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2011 di sini, hari ini, apabila ditanya sama ada inflasi Malaysia akan sama seperti Singapura.

"Rakyat harus belajar untuk berjimat dan menjadi lebih cekap dalam penggunaan tenaga mereka, dalam memandu kereta dan berkongsi kereta. Semua ini adalah perkara yang kita boleh buat untuk menangani alam sekitar di mana anda ada peningkatan harga bahan api dan harga makanan," katanya.

Menurut laporan baru-baru ini, kadar inflasi Singapura dijangka mencecah 4.4 peratus bagi suku kedua.

Mengenai sama ada kadar inflasi akan disemak semula, Zeti berkata: "Tidak buat masa ini".

Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 24 bulan pada 3.2 peratus, tahun ke tahun, pada April selepas kenaikan 3 peratus pada Mac.

Sementara itu, penerima utama Anugerah Biasisiwa Kijang Emas 2011 ialah Arman Shukri Hamidon, Arjunan a/l Selvamani dan Tan Heang-Lee.

Anugerah itu, bagi pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2010 memberikan kebebasan kepada penerima untuk meneruskan bidang kajian pilihan mereka di universiti utama di mana-mana negara pilihan mereka.

Bank Negara tidak mengenakan sebarang syarat kepada penerima dan mereka hanya dikehendaki pulang semula ke Malaysia dan berkhidmat dengan negara. - BERNAMA

Inflasi..

Apa benda inflasi ni?Selalu orang kata peningkatan dalam inflasi, inflasi sifar, harga barang naik. Tp tahukah korang sumer apa dia inflasi ni? Mengikut definisi Wikipedia (Sila lihat dibawah untuk definisi inflasi):

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi.

Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna.

0 comments: