Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, July 27, 2011

Menzalimi tiga kucing, penjaja didenda RM400


Jangan ingat menzalimi haiwan di tempat awam anda akan terlepas dari hukuman. Tindakan anda mungkin dirakam CCTV.

Seorang penjaja wanita hari ini didenda RM400 atau penjara tujuh hari, oleh Makamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing, di pasar Seri Kembangan, Februari lalu.

Tindakan beliau rupanya dirakam oleh CCTV (kamera litar tertutup) di pasar itu yang kemudian dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Banyak pihak terkejut melihat di facebook kezaliman dilakukan ke atas haiwan berkenaan hingga mendorong seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak mendakwa penjaja berkenaan.

Penjaja menghadapi dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada tarikh tersebut.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap Chow Xiao Wei, 21, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti dua ekor kucing depan sebuah gerai di pasar berkenaan antara jam 4.25 petang hingga 5 petang, pada 19 Feb.

Di bawah pertuduhan kedua, Chow didakwa tanpa sebab yang munasabah telah melakukan perbuatan tidak wajar yang menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap seekor lagi kucing pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jamadi Badri dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama

0 comments: