Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, September 1, 2011

Google papar logo khas Aidilfitri-Merdeka

Mereka yang melayari laman web Google hari ini menemui hadiah istimewa daripada Google Malaysia, yang memaparkan logo unik bagi meraikan sambutan berkembar rakyat Malaysia iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pelawat google.com.my akan dapat melihat logo atau "doodle" Google dihiasi ketupat dan bendera Malaysia bagi menggambarkan 'Merdeka Raya'.

google hari raya merdeka doodle"Kami gembira dapat menambah satu rekaan mengenai Malaysia yang istimewa pada senarai doodle kami, khususnya memandangkan tahun ini sambutan berganda yang amat jarang berlaku.

"Walaupun Google merupakan jenama global, kami mahu seboleh mungkin memaparkan ciri tempatan mengikut cara kami. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia," kata Sajith Sivanandan, ketua negara bagi Google Malaysia dalam kenyataan.

Selama bertahun-tahun, Google menggembirakan pelayarnya menerusi logo sedemikian.

Ramai rakyat Malaysia yang nyata gembira dengan logo 'Merdeka Raya' itu membanjiri media sosial dengan komen dan pujian.

Ada yang menganggap ia 'cute' atau comel, yang lain pula dengan kenyataan penuh perasaan seperti:"Logo Google hari ini mengenai hari kemerdekaan dan Hari Raya di Malaysia. 'Awesomesauce' (sangat hebat)!!!!"

Ada juga yang tweet "konsep Merdeka Raya daripada Google sangat ringkas, tapi menarik...setidak-tidaknya bagi saya", sementara seorang lagi berkata:"Memang ada stail lah."

Google meraikan semua acara penting dan unik, daripada hari jadi Alfred Hitchcock sehinggalah kepada tahun lompat, yang dilakukan menerusi logo yang dicipta sekumpulan pereka bentuk.

Seperti yang ditweet oleh seseorang: "Selamat Hari Merdeka semua. Bagusnya Google buat macam ini."

- Bernama

0 comments: