Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, September 1, 2011

PAS Melaka Tetap Dakwa Wang Zakat Diseleweng

http://www.al-azim.com/jmm/image/building.gif
MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri.

Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.

“Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah mendakwa, ekoran itu bukan sahaja wang zakat habis tetapi tanah milik Maim juga ‘hilang’.

Mengenai laporan kepada SPRM pada 28 Februari lalu, beliau melahirkan rasa kecewa apabila suruhanjaya itu menganggap ia hanya kesalahan teknikal dan tidak terdapat perbuatan rasuah.

Menurutnya, pihak SPRM menganggap ia hanya Maim berhutang dengan pusat zakat dan akan membayarnya nanti.

Beliau juga dimaklumkan bahawa duit zakat yang digunakan Maim itu adalah duit ‘lebihan’ sedangkan masih ramai golongan miskin tidak tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat.

Katanya, lebih mengecewakan lagi apabila pada pertemuan dengan SPRM baru-baru ini menjadi panas sehingga pihak suruhanjaya itu menutup perbincangan dengan menyatakan "PAS siasatlah sendiri".

“Tak mengapa, nanti kita akan siasat dan akan dedahkan perkara ini kepada rakyat bahawa ia merupakan penyelewengan pihak berkenaan terhadap wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang berhal menerimanya,” ujarnya.

Menurutnya, banyak lagi perkara yang berkait dengan penyelewengan dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak diketahui oleh rakyat.

Beliau menambah, PAS negeri akan mendedahkan perkara itu agar rakyat dapat mengetahuinya dan menilai kerajaan negeri yang ada sekarang sejauh mana berusaha untuk membantu mereka atau menyalahgunakan kuasa. -HD

0 comments: