Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, November 25, 2011

Apa Perlunya Padang Golf Di Baram?

http://photos.mongabay.com/10/1009logs04.jpg
MIRI - Baru-baru ini ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Barisan Nasional (BN) Sarawak mencadangkan bahawa kerajaan negeri membina sebuah padang golf di Baram untuk meningkatkan peluang pekerjaan untuk komuniti kaum Penan, Kayan dan Kenyah di kawasan Telang Usan. Dennis Ngau ADUN Telang Usan berkata bahawa padang golf di Baram yang didominasi oleh kaum Penan bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan infrastruktur dan pembangunan pelancongan. Dennis Ngau mencadangkan idea padang golf bagi Baram semasa perbahasan mengenai bajet negeri Sarawak 2012.

Hasrat dan rancangan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar Bandar sangat di alu-alukan tetapi apakah feadah yang dapat kepada penduduk setempat sekiranya hanya segelintir saja yang dapat pekerjaan di situ.

Salah seorang penduduk yang berasal dari Baram menolak cadangan Dennis Ngau ADUN Telang Usan untuk membina padang golf di Baram kerana katanya penduduk di Baram memerlukan infrastruktur serta kemudahan asas di kampung mereka bukannya padang permainan yang hanya untuk golongan elit saja. Mereka mahu wakil rakyat mereka menunaikan janji mereka untuk membangunkan kampung mereka dengan kemudahan asas bukan hanya cakap-cakap kosong serta janji yang sama setiap kali mereka bersidang di Dewan Negeri.

Perlu diingatkan yang pelancong dari luar datang ke Sarawak bukan untuk bermain golf tapi lebih kepada menikmati alam sekitar yang hijau dan keindahan alam semula jadi indah di Sarawak.

Antara beberapa sebab mengapa penduduk Baram tidak memerlukan pembinaan padang golf di Baram adalah seperti berikut.

1. Banyak pokok-pokok, tanaman serta tanah penduduk kampung akan musnah akibat pembinaan padang golf yang memerlukan kawasan yang luas.

2. Para korporat akan mengeksploitasi tenaga orang tempatan kerana ramai diantara mereka tidak mempunyai pendidikan dan bersekolah tinggi.

3. Hanya segelintir saja yang akan menikmati hasil padang golf ini sedangkan ramai penduduk tempatan hanya menjadi kuli pihak yang mengusahakannya.

4. Tidak memberi banyak menafaat serta keuntungan kepada penduduk tempatan selain menjadi bahan pameran untuk para pelancung asing yang melawat kawasan mereka.

5. Tingkah laku serta budaya asing yang dibawa oleh pelancong dari luar akan mempengaruhi anak muda orang ulu (tempatan) seterusnya budaya dan adat resam orang tempatan akan hilang akibat terpengaruh dengan budaya asing yang tidak sesuai dengan adat resam budaya tempatan.

Cadangan untuk YB yang berkenaan: Mengapa tidak YB mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan satu skala kecil perladangan kelapa sawit, getah dan kilang memproses bahan mentah untuk penduduk luar bandar serta diurus sendiri oleh penduduk tempatan. (Kerajaan hanya perlu memberi peruntukan untuk projek permulaan). Berikan mereka kursus bimbingan dan tunjuk ajar yang betul bagaimana untuk memajukan projek tersebut dan meningkatkan ekonomi mereka. Sudah pasti ini akan memberi banyak feadah kepada penduduk kampung dari membina padang golf yang hanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sahaja.

Jangan beri projek kampung ini kepada syarikat swasta atau kroni kerana mereka ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan masa depan penduduk tempatan. Biarkan penduduk kampung berusaha sendiri dan menikmati hasil mereka sendiri dan apa yang penting kerajaan perlu memberi tunjuk ajar serta peruntukan untuk memajukan kampung mereka. Ini lebih baik dari membina padang golf yang sudah tentu tidak memberi banyak menafaat kepada penduduk kampung terutama sekali orang-orang tua. Mereka ini tidak memerlukan pemainan golf di Baram dan yang mereka perlukan adalah kehidupan yang selesa dan juga kemudahan asas.

Kita mendesak agar kerajaan Sarawak mendengar rintihan rakyat serta berusaha untuk menolong mereka yang masih hidup dalam tahap kemiskinan ini. Jangan biarkan mereka terus terpinggir dari arus pembangunan yang hanya menguntungan pihak tertentu saja sedangkan ramai lagi penduduk di luar Bandar masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas yang sangat mereka perlukan.

Walaupun kita sering kali mendengar pihak kerajaan mengatakan mereka telah memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk penduduk luar Bandar tapi hasilnya hanya dinikmati oleh golongan yang tertentu saja bukan kepada mereka yang memerlukannya. Kerajaan hendaklah berlaku adil untuk kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

0 comments: