Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, November 1, 2011

Isu Kejohanan Muay Thai Babitkan Peninju Israel: Ahamd Shabery Cuba Lari Tajuk

Sumber Kelab GB

Kejohanan babitkan peninju Israel: S'gor sumbang RM5j

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.

Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.

Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Tidak dicop

Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .

Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Kibar bendera Israel

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championBeliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

Ulasan GB

Amat nyata, kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek cuba berdolak dalik dengan membuat kenyataan bahawa kerajaan Selangor mmemberi peruntukan RM5 juta untuk untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Kenyataan Ahmad Shabery itu berniat jahat kerana seolah-olah cuba menyatakan kerajaan Selangor yang membawa masuk peninju Israel itu. Sedangkan Selangor keluarkan peruntukan RM5 juta tersebut adalah untuk penganjuran sukan tersebut, BUKAN untuk membawa peninju Israel. Pihak Kementerian Sukan sendiri, Imegrisen dan KDN perlu dipertanggungjawabkan.

Menteri sepatutnya menjawab bagaimana peninju negara Israel tu boleh masuk ke Malaysia, bukan kita tanya sapa penganjurnya dan yang memberikan peruntukan, tulis satu komentar yang terdapat di portal malaysiakini.

Tak habis-habis menteri BN yang bodoh cuba nak perbodohkan rakyat!

0 comments: