Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, November 3, 2011

Malaysia GST (Goods Service Tax) Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi. Elak Malaysia Bankrap!!!

Sumber beritasemasa.com

Malaysia GST tax Malaysia GST (Goods Service Tax) Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi. Elak Malaysia Bankrap!!!

Kalau anda perasan sebelum ini, belum pun seminggu Bajet 2012 dibentangkan, sudah ada desakan pelbagai pihak yang keluar di media arus perdana supaya Malaysia GST (Goods Service Tax) dilaksanakan segera. Dan sekarang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala sudah memberikan “signal yang lebih kuat” bahawa Malaysia GST akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja lagi. Jadi semua rakyat Malaysia boleh bersiap sedia daripada sekarang….

  • Mungkin dilaksanakan selepas Pilihanraya Umum ke-13 ataupun
  • Mungkin awal tahun hadapan

Kata Datuk Seri Idris Jala, antara kebaikan Malaysia GST ini antara lainnya boleh :

  • Membantu kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan daya saing perniagaan
  • Kalau kerajaan mengenakan 5% untuk pelaksanaan GST di Malaysia, maka kerajaan mampu mengumpul RM6 billion. Kalau ikut pelaksanaan GST seperti di Singapura, beliau mengatakan Malaysia boleh memperolehi RM13 billion setahun
Masih ingat lagi berita mengenai Malaysia bakal bankrap pada tahun 2019 yang kami ulas sekitar Mei 2010. Malaysia diramal bankrap setahun sahaja lagi sebelum Malaysia memasuki era 2020? Nah…..ini antara sebabnya Malaysia GST perlu dilaksanakan :
  • Yang ketiga, Malaysia boleh elakkan bankrap. Sebab kata Idris Jala, kalau kadar pertumbuhan Malaysia kurang 4%, Malaysia boleh mencapai kedudukan hutang sebanyak 100% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019. Jadi katanya, pelaksanaan Malaysia GST ini, merupakan salah daripadanya yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada bankrap
Okey, apa yang dimaksudkan dengan Malaysia GST ini? Bagaimana corak pelaksanaan Malaysia GST ini? Secara ringkas dan bahasa mudahnya begini…
  • Matlamat kerajaan sekarang hendak menaikkan pendapatan negara dan dalam pada masa yang sama mereka mengurangkan defisit. Mana tidaknya, hutang negara dah mencapai RM437 billion. Siapa lagi yang nak tolong selesaikan kalau tak rakyat Malaysia sendiri.
  • Bagi kami pelaksanaan Malaysia GST ini diakui lebih berkesan daripada sistem cukai yang ada sekarang ini.
  • Yang pastinya golongan banyak yang terkesan ialah golongan pertengahan, dan yang berpendapatan rendah lagilah jatuh “jatuh terduduk” dibuatnya ditambah dengan “bebanan yang ada sekarang ini
  • Ini pasti akan beri kesan kepada kenaikan inflasi di Malaysia
  • Kerana konsep Malaysia GST, setiap kali kita beli barang semuanya ada cukai tidak kira anda miskin ataupun kaya. Pukul rata kesemuanya. Termasuklah juga kepada pendatang tanpa izin.

0 comments: