Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, November 22, 2011

Saham Harvest merudum selepas anak Najib undur

NONEMkini: Harga saham Harvest Court Industries Bhd hari ini menjunam ke bawah tahap 30 peratus selepas anak kedua Perdana Menteri, Nazifuddin Najib mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengarah semalam.

Harga saham susut hingga 98 sen apabila dagangan bersambung pada pada jam 9 pagi tadi, iaitu jatuh 42 sen daripada harga yang dicatatkan pada RM1.40 semalam.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin (kanan) dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Namun, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.

Sementara itu, pada temu bual dengan StarBiz yang diterbitkan hari ini, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan, mendakwa bahawa mereka tidak akan menarik diri daripada syarikat pemprosesan balak itu dalam masa "dua hingga tiga tahun akan datang".

NONE"Kami tidak menjual semasa harga melonjak. Saya masih memegang saham saya sebanyak 15.7 peratus itu dan beliau (Nazifuddin) pula masih memiliki 2.2 peratus sahamnya. Kami tetap akan kekal bersama syarikat ini dan tidak akan menarik diri,” kata Chan (kiri) dipetik akhbar itu.

"Kami tidak mahu orang ramai berfikiran bahawa kami membuat keuntungan segera dengan menjual kepentingan kami di Harvest. Kami juga tidak mahu orang ramai untuk membuat bukan-bukan dan mengembar-gembur harga saham.

"Kami tidak akan menarik diri dalam masa terdekat, yang kira-kira dua hingga tiga tahun kerana kami berada di sini untuk melakukan perniagaan tulen."

Menurut Nazifuddin (kanan) pula, spekulasi berterusan mendorong beliau untuk melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Kedua-dua mereka juga mengakui mereka hairan berhubung pergerakan harga-harga saham Harvest.

azlan



0 comments: