Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, November 25, 2011

Yahudi mahu kuasai makam Nabi Yusuf

NABLUS: Menteri Dalam Negeri Israel, Elly Yasha menyeru agar kerajaan rejim Zionis menawan untuk menguasai makam Nabi Yusuf di kota Nablus.

“Kawasan itu adalah milik kita dan kita mesti merebut kembali makam Nabi Yusuf.

“Persetujuan Oslo mesti kita susun semula,” kata Elly seperti yang dilapor oleh akhbar Yediot Aharonot, semalam.

Elly sebelum itu mengetuai 1,500 penduduk Yahudi yang dikawal ketat oleh ramai tentera Zionis, melawat makam Nabi Yusuf.

Acara lawatan sekali gus berdoa di makam berkenaan adalah amalan tradisi Yahudi untuk memperingati hari kematian nabi itu.

Nablus, atau nama dalam Bahasa Inggerisnya Shechem, adalah kota di pinggir barat laut Palestin, kira-kira 63 kilometer dari utara Baitulmaqdis.

Lokasinya strategik, antara Gunung Ebal dan Gunung Gerizim.

Pada tahun 636 Masihi, Nablus berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Umar al-Khattab.

Pada tahun 1099, tentera Salib menguasai kota itu selama satu abad sebelum ia dirampas kembali oleh Saladdin Al-Ayyubi. – Agensi

0 comments: