Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 12, 2011

Ketua Menteri Lim Guan Eng: Semua exco Pulau Pinang akan isytihar aset

lim guan eng and penangSemua ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet dalam masa sebulan lagi, umum Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Selain itu, beliau juga mengumumkan enam langkah integeriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih bertujuan bukan sahaja membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru kepada rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.

“Parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

“Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?

“Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun,” kata Lim pada ucapnnya semasa Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai, hari ini.

Menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

“Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

“Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Beliau berkata untuk memastikan ketelusan, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas manakala semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

“Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.

“Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011,” katanya lagi.

0 comments: