Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, February 23, 2012

Durian Runtuh: Peneroka di minta serah salinas IC dan geran

http://3.bp.blogspot.com/_9xqJym3H-qU/TGujhAUN_QI/AAAAAAAAAT4/9ubPZUu1Tdw/s1600/buaya-bahagia.jpg
SLIM RIVER, 22 Feb: Peneroka Felda Sungai Behrang dekat sini dilanda kebimbangan berikutan tindakan pengurusan Felda agar menyerahkan kad pengenalan dan geran tanah mereka jika mahu menerima durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri.

Dalam satu email yang dihantar oleh seorang peneroka Felda berkenaan, mereka mula menerima arahan itu semalam dan tarikh akhir mereka mesti serahkan adalah 24 Februari ini.

"Perhatian segera amat diperlukan. Kami, peneroka Felda Sg. Behrang, Slim River, Perak amat keliru dan bimbang sekarang ini.

"Mulai semalam, 21 Februari 2012 sehingga 24 Februari 2012 ini, kami diminta oleh pihak Felda untuk menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna dan salinan geran tanah kami sekiranya kami ingin menerima habuah 'durian runtuh' yang dijanjikan oleh Felda dan Perdana Menteri," kata surat yang dihantar kepada Harakdaily.

Menurut surat itu, dalam tempoh sesingkat ini, mereka tidak diberi sebarang taklimat, kenapa perlu mereka menyerahkan dokumen tersebut.

"Adakah pihak Felda berniat untuk menggadaikan tanah kami untuk mencari modal bagi Felda Global Ventures Holding?" soal mereka curiga.

Jika sekadar ingin memberikan saham kepada mereka, kenapa perlu serahkan salinan geran tanah dalam tempoh segera?

"Bukankah pihak Felda sendiri telah memiliki segala butiran lengkap berkenaan kami?" katanya lagi.

Menurut penghantar email itu, baru-baru mereka sudahpun ditipu oleh Felda.

Pada 5 Januari 2012, lebih kurang 120 orang peneroka Felda Sungai Behrang peringkat ketiga yang bersetuju menebang pokok getah tua mereka dipanggil untuk menerima hasil jualan kayu getah.

Tetapi hasil jualan kayu getah tersebut telah
ditipu apabila sebanyak RM8000 telah ditolak daripada setiap seorang atas alasan, ia adalah arahan daripada pihak Felcra untuk melangsaikan
hutang yang peneroka sendiri tidak pernah sedar akan kewujudannya.

"Bayangkan RM8000 didarab dengan 120 orang peneroka. Banyak sungguh kami ditipu," katanya dalam surat itu.

"Isu serah geran ini sangat serius dan kami perlukan campur tangan segera pelbagai pihak yang sudi membantu sebelum ia terlambat," rayu beliau dalam emailnya kepada Harakahdaily.
Harakah Daily

0 comments: