Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 13, 2012

Pesakit mati lebih cepat jika masuk hospital hujung minggu

http://www.cartoonstock.com/newscartoons/cartoonists/bbo/lowres/bbon30l.jpg
LONDON: Pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu lebih cepat untuk mati berbanding mereka yang datang pada hari biasa, kata satu kajian terbaru yang mengesahkan perkara itu.

Peluang untuk pulih terjejas berikutan doktor kanan tidak bekerja manakala ujian dan imbasan tidak dapat dilakukan dengan segera.

Satu kajian membabitkan 14 juta pesakit yang dimasukkan ke hospital NHS mendapati bahawa pesakit hari Ahad mempunyai 16 peratus lebih tinggi peluang untuk mati dalam masa 30 hari seterusnya berbanding mereka yang dibawa ke hospital pada hari Rabu.

Sekumpulan penyakit yang menyedari keadaan itu memberi amaran kepada pesakit yang ke hospital pada hujung minggu menjadikan penting bahawa mereka mendapatkan standard perhatian perubatan yang tinggi.

Ini berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya yang tinggi berikutan kecederaan berkaitan dengan mereka yang mabuk dan masa yang diberikan oleh doktor menyebabkan kebanyakan pesakit tertangguh untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan negara terus terbuka kepada keperluan umum pada hujung minggu, perhatian kepada pesakit sepatutnya adalah sama.

“Dengan membuka beberapa perkhidmatan selama tujuh hari seminggu, lebih ramai pesakit akan mendapat penjagaan dan rawatan yang diperlukan mereka. Dalam beberapa bahagian di NHS, perkara ini sudah berlaku.

Setiausaha kesihatan, Andrew Lansley berkata bahawa tidak dapat diterima bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu atau Ahad bertahan lebih lama dan mempunyai keputusan yang teruk.

“Pada Sabtu dan kadang kala Ahad, beberapa perkhidmatan mempunyai imbasan untuk menyediakan ujian, turut menjalankan pembedahan dan mempunyai lebih ramai kakitangan kanan.”

Katherine Murphy, ketua eksekutif Persatuan Pesakit berkata: “NHS perlu memastikan bahawa penggunanya diberikan penjagaan kesihatan terbaik, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Ia tidak dapat diterima bagi seseorang berhadapan dengan risiko kematian hanya disebabkan mereka bernasib malang kerana mengalami kecederaan atau sakit pada hari Sabtu atau Ahad berbanding hari lain dalam masa seminggu.

Penyelidik dari Universiti College London yang menjalankan penyelidikan di bawah Jabatan Kesihatan memantau kira-kira 14.2 juta kemasukan ke hospital sepanjang 2009/10.

Dalam Jurnal Royal Society of Medicine, penyelidik merumuskan bahawa: “Banyak aspek penjagaan dikaitkan dengan kemasukan hujung minggu yang memberi banyak kekurangan kepada pesakit.

“Beberapa keadaan penting memerlukan rawatan segera dan beberapa kes berikutan cara urusan pada hujung minggu mungkin akan tertangguh.

Kajian disokong satu laporan pada November oleh Dr Foster Intelligence yang membocorkan kadar kematian tinggi di hujung minggu dengan masalah kekurangan kakitangan.

Kebanyakan perunding mahu bekerja pada waktu pejabat dan pada hujung minggu kebanyakan wad dikendalikan doktor junior.

Sebagai tambahan, jabatan bertanggungjawab bagi imbasan dan ujian darah ditutup sehingga Isnin.

Penyelidik merumuskan bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu mungkin mengalami sakit yang lebih serius. Beberapa pesakit yang sakit teruk pada Jumaat cuba untuk bertahan sehingga Isnin, di mana mereka sepatutnya perlukan rawatan yang akhirnya menyebabkan kepada perlunya rawatan kecemasan. – Agensi

0 comments: