Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 5, 2012

TABUNG HAJI Alami Kerugiaan Jutaan Ringgit Dalam Pelaburan Wang Ahlinya?



UALA LUMPUR, 3 Mac: Lembaga Tabung Haji (TH) bertanggungjawab menjelaskan kepada penyimpan-penyimpannya mengapa beratus-ratus juta ringgit pelaburannya mengalami kerugian, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Penyimpan-penyimpan akaun TH rata-ratanya adalah umat Islam terutama yang mahu mengerjakan haji.

“TH perlu menjelaskan mengapa wang mereka dileburkan dalam perniagaan-perniagaan yang merugikan. Amat malang bagi mereka jika TH terus meleburkan wang mereka dan bukan melabur,” kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan kekesalan apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja.

TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu.

Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanan Silver Bird digantung tugas termasuk pengarah urusannya, Datuk Jackson Tan Han Kook.

“TH bertanggungjawab menjelaskan adakah wang penyimpan-penyimpan akaun TH terpelihara?

“Perlu juga dijelaskan mengapa tatacara pelaburan dan pengurusan serta pemantauan TH begitu lemah?” Mahfuz mempersoalkan sambil membangkitkan apa yang terjadi dalam Silver Bird itu bukan yang pertama kali.

Sebelum ini, katanya, rakyat mendengar TH rugi beratus-ratus juta dalam pelaburan yang dilaporkan melibatkan percaturan dalam tukaran wang asing sehingga dua pegawainya yang tidak bersalah diheret ke mahkamah dan diaibkan walaupun akhirnya didapati tidak bersalah dan misteri siapa yang sebenar bersalah tidak pernah terungkai.

“Kita juga mendengar pelaburan TH dalam Lityan Holdings Bhd mengalami masalah. Amat malang sungguh nasib penyimpan-penyimpan TH apabila wang mereka dileburkan dengan begitu tidak berhemah,” katanya.

Silver Bird adalah pengeluar roti High 5 yang menghadapi kempen boikot oleh pengguna apabila tersebar gambar-gambar yang didakwa diambil di kilang roti tersebut yang menunjukkan proses pembuatannya yang sangat kotor.

Perjanjian strategik antara TH dan Silver Bird ditandatangani pada 2008.
Ketika tersiar berita mengenai pelaburan TH dalam Silver Bird itu, ramai pihak membantah tindakan itu.

0 comments: