Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 16, 2012

PASTI Bukit Katil rebah tersungkur angkara BN APCO


Gambar Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan

BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

harakahdaily

0 comments: