Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, April 3, 2012

Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?

Sumber: Beritasemasa

Kenaikan Harga Minyak Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?

Biasanya jawapan menteri dirangka, disusun dan disediakan oleh kalangan PTD. Tetapi seeloknya sebelum menteri memberikan jawapan di Dewan Rakyat, fahamilah isi kandungannya terlebih dahulu, sebelum membacanya. Jikalau tidak tahu bertanyalah, untuk menjaga kredibilitinya anda sebagai seorang menteri.

Kenaikan Terbaru Harga Gula dan Bahan Api Tidak Akan Terlalu Membebankan Rakyat

Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe. Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isi rumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.

Adakah yang menggunakan gula di Malaysia hanya kalangan isi rumah rumah semata, bagaimana dengan peniaga? Dan juga juga beberapa industri yang menggunapakai gula?

Kenaikan Harga Barang Runcit Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?

Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka. Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya.

Hanya RM1 sebulan? Bagaimana angka seperti ini diperolehi? Adakah menteri tidak buat “kerja rumah” terlebih dahulu dengan kesan disebalik “chain reaction” setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak dan gula? Walaupun menteri tidak belajar dalam fundamental of economics” sekalipun, dapatkan penerangan daripada yang pakar sebelum memberikan jawapan di dalam dewan yang mulia itu, iaitu di Dewan Rakyat.

Bukan hanya setakat membaca teks yang disediakan oleh kalangan PTD. Fahami isi kandungannya dan bersedia dengan jawapan yang meyakinkan apabila ditanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup. Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.

“Barangan keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api tetap dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika menjawab soalan Che Uda yang ingin tahu kesan dan langkah kerajaan mengatasi masalah kadar kenaikan harga barang utama terhadap penduduk miskin bandar dan luar bandar.

Dan ada beberapa usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang runcit supaya kalangan pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli pada harga yang tidak membebankan. Antaranyanya :

  • kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia
  • meneruskan projek pengedaran barang keperluan agar penduduk pedalaman dapat menikmati harga barang kawalan seperti seperti gula, tepung gandum, minyak masak, dan bahan api pada harga berpatutan
  • pengawalan harga barang semasa musim perayaan juga dipertingkatkan supaya harga barang kawalan utama seperti daging, ayam, telur, bawang dan sayur-sayuran mencukupi dan ditawarkan pada harga ditetapkan

Kami sebenarnya tiada masalah dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang runcit. Yang baik kami puji tetapi yang agak tersasar, kami perlu tegur untuk kelangsungan yang baik kepada semua kalangan rakyat Malaysia di sini.

Gula ini merupakan antara bahan utama dalam industri makanan dan minuman. Manakala minyak pula merupakan sumber tenaga utama pengangkutan. Hakikatnya berdasarkan jawapan menteri bahawa kenaikan masih lagi kecil tidak seperti apa yang berlaku pada tahun 2008 tetapi kesannya begitu dirasai oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Kenaikan Harga Gula Malaysia Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?

Mengikut rekod sebelum ini harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :

  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)

Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil. (Sumbernya di sini : Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?)

Jadi, jikalau naik harga gula semestinya naiklah juga kos juga. Gula juga digunakan dalam makanan-makanan bertin atau bungkusan, air-air minuman cordeal, peniaga-peniaga makanan dan seangkatan dengannya. Semestinya peniaga juga mahu mengekalkan margin keuntungan mereka. Termasuklah juga peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dengan kenaikan harga harga barang runcit. Mnegharapkan penguatkuasaan untuk mengawal?


0 comments: