Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 19, 2012

Skandal Shafie Apdal & Zahida - Siasat Sumber Wang Tunai Jutaan Ringgit

Sumber Kelab GB

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh seorang menteri kanan kebinet kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.

Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.
Dayangku Intan [kiri sekali] dalam sidang media PKR di lobi Parlimen hari ini

Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau,"
katanya. -HD

0 comments: