Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, May 28, 2012

SPR macam tahu BN terus berkuasa pada PRU13

Hari ini aku bacaa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak laporan kajian dari Merdeka Centre yang mengatakan 92% daripada pengundi tidak percaya pada kebersihan sistem pilihanraya di negara kita. Alasannya adalah 1000 responden tidak mewakili keseluruhan rakyat negara.

Bagi mereka yang tahu konsep sampling dalam melakukan sebarang bancian tentu tak akan menolak kenyataan dari beliau. Memang segala kajain atau bancian daripada metodologi sampling boleh dipertikaikan. Prinsip asas sampling adalah semakin ramai atau semakin banyak responden, semakin tepat hasil kajian.

Kerja mengenal pasti sampling yang bakal digunakan untuk menggambarkan keseluruhan pendapat rakyat Malaysia memerlukan kajian terperinci dari segenap segi. Betul sebagaimana kata Wan Ahmad, kita tak boleh sekadar menemubual mat rempit untuk memberikan gambaran ia adalah pendapat rakyat Malaysia. Jadi aku setuju ada kebenarannya kata beliau.
Cuma aku tertarik dengan rumusan beliau berkaitan dengan hasil kajian tersebut. Berikut apa yang beliau katakan:

"beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.."

Ada sedikit pelik dengan kenyataan di atas kalau pembaca perasan. Ia seolah-olah SPR mengjangkakan yang BN tetap akan menguasai Malaysia selepas PRU ke 13 nanti.

0 comments: