Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, May 29, 2012

Syed Zainal Abidin letak jawatan daripada Proton

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.

Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.

Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -Bernama

0 comments: