Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, May 13, 2012

Umno Seleweng Harta Rakyat; Guna Bas Kerajaan Angkut Peserta Himpunan

KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.

Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.

Menurutnya, antara kenderaan yang digunaka adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu yang digunakan untuk mengangkut pesrta yang terdiri di kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.

“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000  manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.

Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama./~BuletinOnline

0 comments: