Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 7, 2012

Berita Pelik: SYABAS kata penduduk sokong catuan air

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini berkata ia akan sekali lagi membawa isu catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berikutan terdapat permintaan daripada penduduk tempatan.

NONEKetua Pegawai Operasinya, Lee Miang Koi (kanan) berkata,
nampaknya ramai yang mahu SYABAS membuat catuan air supaya semua orang boleh bergilir berkongsi beban.

"Nampaknya ini adalah keputusannya. Saya akan menyampaikan ini kepada SPAN," katanya dalam satu taklimat awam di Balakong hari ini.

Beliau menjawab pelbagai aduan daripada penduduk yang mendakwa bahawa kawasan paling teruk seperti Bukit Belimbing,  tidak ada air selama tiga bulan.

Bagaimanapun, Lee berkata keadaan di Balakong kembali lega kerana baru-baru ini, SYABAS telah menyambung paip baru ke loji rawatan air terbaru Sungai Labu yang mula beroperasi pada Mac tahun ini.

Sebelum ini, katanya, sebahagian Kuala Langat dan Sepang dibekalkan air dari loji Semenyih.

azlanTetapi sekarang, tambahnya,  mereka akan dibekalkan dengan
air tambahan dari loji Sungai Labu dan ini dapat menjimatkan air di loji Semenyih yang kemudiannya boleh dialihkan ke Belakong, melalui paip baru yang disambung oleh SYABAS.

Menurutnya, proses tersebut telah mengambil masa kira-kira 10 hari dan dalam tempoh tiga hingga empat lepas, air telah sampai ke Balakong dan keadaan di Balakong telah pulih.

Loji Sungai Labu mempunyai kapasiti pengeluaran 105 juta liter sehari (JLH) dan telah beroperasi pada kapasiti 45 JLH sehingga minggu lepas di mana ia telah meningkat kepada 70 JLH dengan sambungan paip baru.

Ia akan meningkat kepada kapasiti yang ditetapkan selepas lebih banyak kerja-kerja sambungan pada bulan Oktober dan Jun tahun depan, kata Lee.

0 comments: