Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 13, 2012

Had Laju Di Lebuhraya Dan Jalan Persektuan DIkurangkan 10 KM/J

Datuk Seri Kong Cho Ha Malaysia Trasport Minister Had Laju Di Lebuhraya Dan Jalan Persektuan DIkurangkan 10 KM/J 
Kadar Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan ‘balik kampung’ untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.Katanya sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
“Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.
“Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya,”
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih di dalam peringkat percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujung tahun ini.Pada masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi ‘panas’ di seluruh negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkat
 “Kesemua kamera akan dipasang secara berperingkat dan buat masa ini kita lakukan percubaan terhadap sistem tersebut bagi memastikan pelaksanaannya nanti berjalan lancar dan berfungsi dengan betul”.
Sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan ‘Zon Operasi Kamera’ yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungan dua kilometer daripada lokasi kamera.Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.

Memang eloklah sekiranya diturunkan kadar had laju tersebut.Kadar kemalangan bila menjelang Sambutan Hari Raya sememangnya merisaukan.Jadi, langkah menurunkan  kadar had laju ini nampak sebagai satu alternatif buat masa ini.Di samping dengan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kelak, ini juga merupakan satu alternatif yang baik bagi mengekang pesalah jalan raya yang tegar serta tidak menghormati undang-undang.

Tak semestinya rakyat gemar atau suka dengan cadangan tersebut, namun alternatifnya, tidak semua yang sukakan perubahan yang mendadak.Lebih-lebih lagi ianya memberikan kesan negatif kepada mereka yang sememangnya suka melanggar kesalahan jalan raya.Kalau tidak mahu kena saman dan sebagainya, pandulah dengan selamat dan berhati-hati.Mudah bukan? -Beritasemasa

0 comments: