Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 28, 2012

Harga Bumbung RM34 juta, Kerajaan BN Cadang Baiki RM120 juta?

Kuala Terengganu – Kos pembinaan asal kedua-dua belah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) adalah sebanyak RM34 juta, namun begitu, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyatakan anggaran untuk membaikinya adalah RM120 juta.

Oleh itu, menurut arkitek terkemuka, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah, kos pembaikian yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu adalah terlalu mahal.

“harga RM120 juta itu terlalu tinggi, kerana harga asal kedua-dua belah bumbung itu harganya RM34 juta sahaja, yang runtuhnya bukan kedua-dua (hanya) sebelah sahaja,

“kalau pun ada kerosakkan sampingan, takkan harga (membaikinya) naik (meningkat) sampai RM120 juta,”jelasnya.

Raja Kamarul Bahrin yang merupakan bekas arkitek perunding pembinaan SSMZA berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Pengerusi (Exco) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu Datuk Za’abar Mohd Adib pada sidang DUN 18 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada Sabtu 25 Ogos. [ Lihat Video di Buletinonline channel ]

Beliau menyatakan kekesalan atas kehilangan peralatan SSMZA yang bernilai RM50 juta sebagaimana di laporkan pihak media kerana menurutnya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1 juta setahun bagi membiayai kos kawalan keselamatan SSMZA.

Sehubungan itu, Dr. Syed Azman menegaskan isu SSMZA yang runtuh tiga tahun lalu adalah satu skandal yang memalukan seluruh rakyat negeri Terengganu kerana sehingga kini, ia masih tidak dapat digunakan dan diperbaiki lagi.

Menurutnya, beliau dan ahli-ahli yang berhormat dari PAS telah beberapa kali meminta penjelasan dari Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said mengenai pembaikian stadium tersebut.

“Kita (Adun-adun PAS) setiap kali sidang Dewan (Undangan Negeri) meminta penjelasan daripada Menteri Besar banyak kali (tentang) isu ini, diperingkat awal dia (MB) mengatakan semua kos tanggungan (pembaikian) akan ditanggung oleh pihak kontraktor,

“tetapi yang terakhir ini (pengumuman kos pembaikian) RM120 juta adalah jumlah yang cukup besar yang dari segi logiknya lebih baik bina satu stadium baru daripada memperbaiki yang ada,”ujarnya.

Katanya, beliau baru mendapat maklumat, pusat boling 40 lorong yang terdapat dalam SSMZA juga tidak dapat digunakan dan berlaku kecurian peralatan pusat itu yang dibina sebanyak RM800,000. -buletinonline

0 comments: