Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 6, 2012

Malaysia perlu lahir 100 pemain macam Chong Wei

Gold medallist China's Lin Dan, silver medallist Malaysia's Lee Chong Wei (L) and bronze medallist China's Chen Long (R) pose at the victory ceremony for the men's singles badminton event at the London 2012 Olympic Games at the Wembley Arena August 5, 2012. REUTERS/Bazuki Muhammad

Gold medallist China's Lin Dan, silver medallist Malaysia's Lee Chong Wei (L) and bronze medallist China's Chen Long (R) pose at the victory ceremony for the men's singles badminton event at the London 2012 Olympic Games at the Wembley Arena August 5, 2012. 
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei atas perjuangan yang ditunjukkan beliau untuk mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik 2012.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi menyatakan perjuangan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei malam tadi merupakan satu pengorbanan besar.

"Tahniah kepada Lee Chong Wei atas perlawanan yang ditunjukkan malam tadi.

"Terima kasih pengorbanan beliau demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia terutamanya peringkat Olimpik dalam mengejar pingat emas pertama negara," jelasnya.

Malah menurut beliau lagi, Malaysia perlu melahirkan seratus orang seperti Lee Chong Wei dalam masa 10 tahun dari sekarang demi mengembalikan kecermelangan Malaysia di dalam arena badminton.

"Dalam masa sepuluh tahun yang akan datang mulai sekarang, Malaysia perlu melahirkan seratus orang pemain badminton yang berbakat seperti Lee Chong Wei.

"Ini adalah satu usaha untuk kita terus mengekal kecemerlangan dalam arena badminton serta menghapuskan kemarau pingat emas di persada sukan bertaraf antarabangsa," sambung beliau lagi.
Beliau menyatakan harapan tersebut apabila melihat kenyataan persaraan yang telah dinyatakan oleh pemain utama perseorangan negara itu.

Sementara itu, Lee Chong Wei telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua setelah kalah kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit malam tadi.

Pada Olimpik 2008 di Beijing, China, Chong Wei juga tewas kepada Lin Dan bagi merebut pingat emas.

Beliau dalam satu kenyataan menyatakan tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.

Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

Malah menyifatkan umurnya sudah 30 tahun sudah tua baginya untuk menghadapi Olimpik Brazil empat tahun akan datang.

0 comments: