Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 6, 2012

MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor

 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

NONEAbdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.

“Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.
SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal.

Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.

Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air.

“Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya.

Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan.

Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik.

"Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.

0 comments: