Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, August 1, 2012

Penjenamaan KLIFD, Satu Lagi Projek Mega BN


KUALA LUMPUR : Di kala keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan penjenamaan semula projek kawasan kewangan antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) sebagai “Tun Razak Exchange” (TRX) yang akan memakan belanja wang rakyat RM26 billion.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, projek Perdana Menteri itu yang mengambil sempena nama bapanya adalah satu lagi projek hartanah kerajaan Barisan Nasional yang dikhuatiri akan mengalami nasib yang serupa seperti projek mega yang lain sebelum ini.

Menurutnya, kenyataan Najib yang dipetik  sebagai berkata projek itu sebagai “satu permulaan bagi KLIFD berkembang lebih besar dan inklusif” tidak menunjukkan bagaimana ia akan menjadi lebih menyeluruh.

“Malah, beliau membayangkan bagaimana projek ini akan jadi lebih eksklusif dengan lebih banyak janji insentif kepada mereka yang dilihat berminat terhadap projek tersebut,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, konsep KLIFD secara keseluruhannya cuma berdasarkan pada andaian bahawa institusi kewangan dan perkhidmatan professional berkaitan perlu mencuba nasib.

“Andaian sedemikian sama sekali salah. Tidak ada contoh sinergi atau gabungan bagaimana ibu pejabat Maybank boleh dipindahkan kepada KLIFD berbanding kedudukan sekarang dengan  mengecualikan keuntungan faedah cukai,” katanya.

Beliau menambah, Najib yang juga Menteri Kewangan telah memperkenalkan 10 tahun pengecualian cukai 100 peratus bagi setiap syarikat yang berkelayakan di dalam KLIFD.

Katanya, Najib juga memansuhkan faedah yang lain seperti pengecualian duti setem terhadap perjanjian pinjaman dan perkhidmatan, elaun bangunan industri dan mempercepatkan elaun modal bagi syarikat-syarikat dalam ucapan belanjawannya tahun lalu malah pemaju hartanah yang berada di dalam KLIFD mendapat layanan istimewa dengan pengecualian cukai sebanyak 70 peratus untuk 5 tahun.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kerajaan telah pun menyediakan tanah kepada 1MDB tanpa bidaan terbuka, ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan bagi mereka yang berjaya kemudiannya.

“Kerajaan telah menjelaskan peranan KLIFD untuk menukar Kuala Lumpur kepada “ikon baru dunia kewangan” dan “pusat pilihan kewangan global”. Sama halnya dengan Bio-Valley, E-Village dan MSC, semuanya telah ditunjukkan kepada rakyat Malaysia sebagai projek tranformasi dalam bidang berkaitan dan dilancarkan dengan ‘penuh gemilang,’” jelas beliau.

Walaubagaimanapun, katanya, keputusan untuk menempatkan institusi kewangan global dari kedudukan mereka tidak berdasarkan pilihan dalam bidang hartanah.

“Ia sebenarnya berdasarkan kepada permintaan, perkhidmatan dan dana, kecanggihan instrumen kewangan dan keterbukaan ekonomi,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments: