Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, August 17, 2012

PLUS Beri Rebet 30% Bagi Pengguna Tol Menjelang Sambutan Aidilfitri 2012

plus ekspressway berhad PLUS Beri Rebet 30% Bagi Pengguna Tol Menjelang Sambutan Aidilfitri 2012 
PLUS Ekspressway BHD. telah mengumumkan pemberian rebet 30 Peratus bagi pengguna  yang menggunakan tol menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang akan menjelang.Sebelum itu, baca keratan akhbar di bawah.
KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak. Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
Noorizah berkata, rebat tol tersebut bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.
Sementara itu, pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) juga akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini. Tiga lebuh raya terbabit ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Menurut kenyataan Prolintas semalam, diskaun sempena perayaan Aidilfitri akan diberi bermula pada pukul 6 pagi pada 19 Ogos sehingga 6 pagi 20 Ogos, manakala bagi sambutan kemerdekaan, kadar pengurangan tol bermula 6 pagi pada 31 Ogos sehingga 6 pagi hari berikutnya. – Bernama
Rebet tol 30 peratus hanya diberikan kepada pengguna tol berkaitan pada tarikh di bawah:
  • 15 Ogos 2012 – 16 Ogos 2012
  • 22 Ogos 2012 – 23 Ogos 2012
  • 31 Ogos 2012
datuk noorizah abdul hamid plus PLUS Beri Rebet 30% Bagi Pengguna Tol Menjelang Sambutan Aidilfitri 2012
Kalau dilihat pada tarikh yang diberikan rebet, nampaknya macam tidak sesuai.Kebanyakan pengguna tol yang pulang ke kampung menyambut perayaan aidilfitri juga akan pulang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, di mana tarikhnya adalah 17,18, dan 19 Ogos 2012.

Namun, apa yang nak diherankan.Inilah dunia perniagaan. Dan Rebat tol tersebut hanya diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

Bagi pengguna lebuhraya yang menggunakan wang tunai, tiada keistimewaan buat anda.Rebet tol juga hanya boleh dituntut di Pusat Perkhidmatan PLUS hanya bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2012, apabila meeka menambah nilai kad eletronik mereka.

Mengapakah tidak diberikan sahaja potongan pada hari yang diumumkan rebet? Rasanya teknologi yang ada tidak memberi masalah untuk PLUS melaksanakan potongan secara automatik pada hari yang diumumkan rebet.

Kalau nak tuntut rebet dekat Pusat Khidmat PLUS, rasanya, berapa ramai sahaja yang akan berbuat demikian. Heboh berkata pemberian rebet, tapi nampak macam tak ikhlas sahaja.

0 comments: