Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 6, 2012

Stesen petrol Buraqoil naikkan taraf kedai di Kelantan


KOTA BHARU: Lapan buah stesyen minyak luar bandar Buraqoil yang terdapat di Kelantan telah dinaikkan taraf stesen masing-masing berikutan peningkatan pelanggan memilih stesyen berkenaan sebagai produk pilihan mereka.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Khilmi Yusof, ketika ditemui memberitahu lima stesyen yang sedia ada telah dinaikkan taraf mengikut pencapaian peringkat masing-masing.

Katanya sebelum ini dua stesyen di negeri itu telah dinaikkan taraf, bagaimanapun dalam tempoh dua bulan ini enam lagi dinaikkan taraf termasuk yang masih dalam pembinaan di Bachok.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis program qaseh dan ziarah Ramadan Buraqoil seta majlis berbuka puasa di Kelantan, di KTC, di sini semalam.

Menurutnya, masyarakat kini semakin mempercayai minyak keluaran Buraqoil kerana ianya bukan sahaja milik bumiputera seratus peratus, sebaliknya bahan cecair itu dibekalkan oleh stesyen minyak terkemuka juga sama ada dari shell atau syarikat lain.

Memandangkan prestasi begitu membanggakan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini iaitu, sejak syarikat itu ditubuhkan, pihak Buraqoil turut menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Kerana itu, empat buah negeri telah dipilih sebagai ziarah Ramadan, iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang yang bermula sejak 2 Ogos lalu.

Khilmi berkata, di Kelantan sebanyak RM4,000 duit raya dibelanjakan untuk 400 orang kanak-kanak di tiga jajahan, iaitu Kuala Krai, Gua Musang dan Machang dan Kota Bharu.

“Selain itu, beras 1,000 kampit, 100 hamper, 3,000 kotak kurma untuk diagihkan kepada pelajar tahfiz, penarik beca, golongan yang memerlukan, anak-anak yatim di sini,”ujarnya.

Sebanyak 14 orang rakan media yang mewakili tujuh agensi media elektronik termasuk majalah pelancongan Majalah Santai menyertai konvoi jelajah Qaseh itu.

Sementara itu, Ana Rafali dan Nik Sayyida Fatiha Yaziz atau lebih dikenali Mek Salam Pantai Timur dan Aziz Desa memeriahkan program berkenaan.

Ana Rafali sendiri turut diberi peluang menyampaikan sumbangan mewakili Buraqoil termasuk Aziz Desa menyampaikan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

0 comments: