Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 28, 2012

Tamrin & Mat Sabu Jawab Menantu Allahyarham Ghafar Baba

Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan.

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO.

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais, T. Razaleigh dan ramai lagi.

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam. -mutaligat

Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok.

“Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif.

“Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen.

“Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik,” jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

“Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya.

“Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan ‘dan’ ke, ataupun ‘koma’, itu perlu diteliti,” tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong.

Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth.

Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
-SH
Keluarga Tun Ghafar kecewa kenyataan Mat Sabu

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.

MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya. -SH

0 comments: