Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, October 30, 2012

4 Negeri Pakatan Rakyat Tangguh AES

Sumber Kelab GB

Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.

"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.

Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.

"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had lajut.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam.

Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.


AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng.

KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.

Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.

“Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan? “Saya tidak nampak kebaikan. Dia nak pulangkan semula kerana sudah mengaut keuntungan yang cukup.

“Saya tidak tahu dia (Cho Ha) nampak apa kebaikan kepada kerajaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Tambah Guan Eng, kerajaan perlu mengkaji semula kadar kelajuan sedia ada yang disifatkan tidak praktikal.

Berdasarkan statistik, 831 buah kamera yang akan dipasang diseluruh Malaysia dengan 331 buah kamera tersebut diletakkan di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Tambahnya lagi, semua negeri yang ditadbir PR mengambil langkah menangguhkan pemasangan AES bagi memperincikan segala maklumat penting mengenai perkara ini.

Beliau turut membangkitkan mengenai surat saman yang sehingga kini belum dikirimkan kepada pengguna jalan raya.

“Bila surat saman akan dikirmkan kepada pengguna yang ditangkap (kamera AES)?

“Saya nak tahu bila? Apakah selepas PRU-13 ia akan dihantar?” soalnya lagi.

Sistem AES dipasang di seluruh negara, melibatkan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM717 juta.

"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya
-selangorku

0 comments: