Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 3, 2012

BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan

Sumber Kelab GB

Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

“Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

“Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

“Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan,” katanya.


“Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak),” kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD

Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak.

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.
-mk

0 comments: